Monday, February 14, 2011

Kami Jalan cari ikan



Kalau ada kelapangan, aku akan ke pasar cari ikan supaya senang mak tak perlu lagi menunggu van ikan yang lalu di depan rumah kami. Kami beruntung sebab rumah kami dekat dengan persisiran pantai. Jadi sumber ikan segar memang tak jadi masalah bagi kami. Baru sekarang je kami membeli ikan di pasar. Bila kami dah bekerja dan menginjak dewasa. Kalau dulu, abah akan ke laut dengan sampan kayunya. Tiada enjin sangkut hanya berbekalkan kudrat dia sahaja. Sekarang, abah punya bot fiber dan enjin sangkut sendiri. Jarang-jarang ada masa untuk abah turun ke laut lagi sebab abah dah kian di mamah usia. Jadi, jalan penyelesaiannya, kami ke pasar berdekatan sahaja untuk mencari ikan.

No comments:

Post a Comment