Monday, April 9, 2012

we are F.R.I.E.N.D.S

Assalammmm semuaaa.... depa ni semua coursemate aku di uitm kampus intec shah alam. dah masuk 2 tahun setengah aku further study dalam art in education ni. gambar ni ambik selepas lecture kalau tak silap aku.hehhehe..nasib baik dapat lecture yang sempoi dan sangat baik hati. thanks sangat-sangat yer prof shukor. prof memang terbaikkk lah.

prof kami ni, kalau semester 2 & 3 dulu sebelum & selepas kelas akan ada sesi menjamu selera. ada yang bawak potluck, prof tukang buat air. sangat baik hati woooo...

masa ni aku dan kitaorang yang lain celebrate birthday ayu ( berbaju polkadot) ni di papa rich shah alam. hmm, terima kasih kat zura kerana telah membelanja kami di sini. moga murah rezeki & belanjalah lagi.hehheh...

Sunday, April 8, 2012

Jelajah Gunung Tok Wan

Girl powerrrr... insya allah, inilah geng panjat yang akan menawan puncak kinabalu. depa ini kebanyakannya geng kayuh. aku kalau setakat nak kayuh dalam kampung je boleh lah..hehehe..apapun diaorang memang best dan sporting. terima kasih yer kakak-kakak kayuh yang sudi kenal dengan den ni hah. 

jelajah tok wan ni sebenarnya adalah latihan kaki yang ke 3, beberapa hari je lagi sebelum berangkat ke kinabalu. alhamdullilah sempatlah aku dengan angah join. memang depa plan panjat tok wan ni dan buat bbq. terima kasihlah kat kak marina dan yang lain-lain sebab sponser kami makan di puncak tok wan. aku dengan angah bawak epal jer sebagai tambahan pada yang lain.

kak marina & abang asri as chef today. terima kasih kak marina & abang polis..hehehe...

masing-masing tengah membakar...kita bakar, bakar..sedap ayam tu. 

ntah pesal muka aku sedih jer. hmmm, masa ni tengah fikir kot, macam mana aku nak turun dari gunung tok wan ni. actually, kalau sesiapa yang dah biasa naik broga, lepas broga akan jumpa trail ke gunung tok wan. lepas puncak broga jumpa lah susur ke tok wan. 

Saturday, April 7, 2012

Broga Hill oiiii...

Tadddaaaa...cantikkan ciptaanNya. Damai sungguh hati, tenang, sejuk. macam-macam lah ada dallam hati bila dah sampai puncak. hijau jer. suka, suka,suka,suka. ni antara latihan awal aku menguatkan kaki. aku dengan angah jer yang pegi. ni merupakan first time lah mendaki broga ni. sebelum mendaki, kami singgah di pekan semenyih untuk breakfast. roti telur, telur suku masak, milo panas..perghhh...masa nak mendaki broga, punyalah penuh rasa perut aku.huhuhu..len kali before nak naik bukit or gunung mana pun perut jangan penuh sangat yer. petua dari otai-otai gunung...hehhehe...

punyalah ramai manusia yang panjat broga. huhuhu..jammed sampai atas. yang turun satu, yang  naik pun ramai. kena bagi laluan lah. kita 1 malaysia kena toleransi yer. ok bebeh..hehhe

masa ni kitaorang baru sampai. ramai jugak yang dah turun. dah panas. nak panjat broga kena pepagi baru best. sejuk dan nyaman gitew.

tadaaaa...akulah tu. dok atas batu belah batu bertangkup dengan penuh aksi stunt nya.hehhehe...tinggi wooo batu tu. walaupun kaki aku saiz 4 & kadang-kadang saiz 3 1/2 tapi alhamdulillah, Dia bagi aku kekuatan dan keupayaan untuk melihat ciptaanNya. Terima kasih Tuhanku.

maintain lagi beb bergambar walaupun, mintak nyawaaaa...hahahha..angah are you ok? kena salute dengan angah sebab dah 4 series tapi masih kuat kakinya memanjat. next time kita membroga lagi yer. latihan menguatkan kaki untuk sesi yang pertama. lepas ni, nextttt...