Sunday, July 1, 2012

Krabi memang terbaekkk..

pagi yang gelap kini sudah terang..chewahhh. perjalanan ke krabi dari hatyai ambik masa selama 4-5 jam. kami drive berganti2 :)..tidur dlm kereta memang syiok sebab terasa mcm dalam buaian & ada orang dodoikan..so, memang lena lah dalam kereta. 

so sampai je kat krabi, kami cari lagi map. dah dapat map baru pegi cari sarapan. nasib baik ada kedai halal. so pagi tu kami sarapan roti telur. perghhhhh.. kari ayam kat sini memang terbaik. pas sarapan, kami tapau roti canai buat bekalan..maklumlah cadangannya nak pegi picnic sambil snorkling sekali gitew.

lastly lepas nego bot dengan Kim (org siam), dapatlah kami bot rege dalam 2000 baht. round 4 pulau + snorkling berapa lama mampu bertahan :)  

pulau pertama yang kami sampai. apa nama pulaunya den tak ingat :) tapi semua pulaunya memang chantek sangatttt...

 aksi lompatan wajibbbb ada..macam dah jadi kemestian, kat mana pi mesti ada acara lompatan ni.hehehe. masa kami sampai kat pulau ni ramai mat & minah salleh yang tengah berjemur. suka betul depa dengan panas. orang kita jer yang takut panas. takut hitam katanya.hehehe..

acara yang ditunggu2...snorklinggggg....tapi ikan2 nya ada beberapa jenis ajer. adalah kot dalam 3 jenis yang aku jumpa. semua ikan2 ni memang kebulur. bagi jelah apa pun pasti di makannya. before pegi kami dah siap2 beli roti so, ikan2 ni di jamu dengan roti ajer lah.
geliiiiii bila ikan2 tu dok hurung aku. kena gigit pun ada. petua masa nak snorkling bagi yang tak pernah try aktiviti ni, dalam air tak boleh panik walaupun kaki kita tak sampai ke dasar :) kena rilex & biasakan diri dalam beberapa minit. nanti lama2 ok ler. 

travelmate terbaekkkk aku. 

tup island. kat pulau ni ada sandbanks yang menghubungkan 3 pulau rasanya. kalau ikut info dari pulau ni dah dekat kalau nak pegi pulau phi phi, satu2nya pulau yang kami tak pegi. air laut sangat cetek. masa berendam, ikan2 dok keliling kita.huhuhu, memang experience yang terbaekkkk...susah nak explain, kena pegi sendiri baru tau betapa indahnya alam ciptaanNya. masa ni kami bertiga jer (yazie, kak jijah & aku), angah dok melepak & melelap mata akibat terminum air laut masa snorkling. aku pun dok pening2 jugak, maybe sebab angin laut yg masuk bnyak sangat.hehehe..  
yang ni pulau yang ketiga kalau tak silap lah. masa kat pulau ni kami dok lama sikit sebab geram tengok betapa jernihnya air lautnya..huhuhu...tak tahan beb tengok. so kami dok berenang, berendam, terlentang & sewaktu dengannya. kata orang, phuket lebih chantek pantainya dari krabi. aku tengok krabi dah cukup chantekkk sangatt..tapi bila dengar phuket lebihhh chantek, tetiba terfikir kat kepala...ting..ting..toinggg....bila mau ke phuket pulak? hmmm...tepuk dada, tebalkan poket semula& rancang perjalanan kami..hehehe..apa pun, krabi memang terbaekkkk....











Floating Market

sambungan seterusnya...kami ke floating market. sangat chantek.. masa kami pegi tak ramai yg berniaga. tp puas jugaklah kami mencuci mata dgn juadah yg dijual kat sini...sgt menarik & unik.


yg dalam buluh tu adalah air kelapa. kita boleh pilih sama ada nak air laici @ air kelapa. selain drpada buluh, bekas yg coklat tu pun kita boleh pilih. nak bentuk doraemon pun ada :)

chantek kan kakak siam ni..muka comey jer. sopan berbaju kurung siam. hmmm.... lepas ke floating  market, keempat2 ahli rombongan telah membuat keputusan untuk ke krabi esok. so sebab tak tahu jalan nk ke sana, puas lah kami bertanya jalan & mencari map untuk ke krabi. peliknya orang2 thailand ni bila sebut pasal krabi, muka blur jer. rupa2nya nak ke sana kita kena tanya jalan ke Ao Nang, Krabi. so, esoknya kami decide nak gerak dr hatyai ke krabi pukul 4 pagi. cuba bayangkan..aduhaiiii....bersambungggg...heheheh....