Friday, March 4, 2011

Ke Laut Menangkap ikan

Pagi bila entah, abang aku, abang ipar, abah, & kawan abang aku turun ke laut. Kata abah, ke laut sekadar hobinya. Kalau kami suruh abah jual bot dan enjinnya bukan main marah dia. Bukan apa, abah takkan turun ke laut seorang diri. Di tambah dalam usianya yang makin berumur, kami tak mahu abah kepenatan dan keadaan penglihatannya yaang dah makin kabur buat kami kerisauan. Jadi kalau ada masa, abang aku akan menemankan abah untuk sesekali turun ke laut. 

Alhamdulillah. Ikan selangat yang mereka dapat hampir memenuhkan bakul pink ni. Ikan ni banyak tulang. Sampai ke hari ni, kalau aku makan ikan ni pasti akan ada tulang ikan yang aku tertelan. Kena berhati2 bila makan ikan ni. Paling sedap ikan selangat ni digoreng macam tu je, diratah panas2!

Tengah menanggalkan ikan yang terkena di jaring.

Lepas habis semua ikan ditanggalkan, mereka turun semula ke laut mengangkat jaring lain yang ditinggalkan.

Sementara menunggu mereka naik ke darat, si Damia bersama kakaknya sempat lagi mandi laut. Tengok saje muka Damia. Dia tak nak naik ke darat sebab tak puas lagi berendam. Memang keturunan laut betullah budak kecik ni. 

Puas hati Damia sebab ada chance lagi pijak air.

Lastly, kami lepaskan Damia sendiri mandi laut. Damia dilambung ombak. Bila dah besar nanti, harap si Damia ni dapat menahan segala dugaan dan rintangan seperti mana dia dilambung ombak ketika ini, seteguh itu dia dapat menangkis segala rintangan dan dugaan tuhan kepadanya, Insya allah..

Macam2 aksi si Damia ni.

Entah apa yang Damia menungkan tu.

Damia yang tak takut dilambung ombak. Moga menjadi anak yang teguh dan kental menghadapi segala rintangan dan dugaan kehidupan.

No comments:

Post a Comment