Saturday, February 19, 2011

Kami mandi laut

Rumah aku dekat jer dengan laut. Belakang rumah jer. Pagi tadi, aku dengan beberapa orang anak buah aku bawaklah Damia ni. Hah, jangan tak percaya! budak 1 tahun ni tak tahan tengok air laut. Mula-mula je Damia takut lepas tu tak nak naik ke darat. Boleh tahan jugak berani budak ni. Memang keturunan lautlah! Lepas ni tak payahlah kami mencari water theme park lagi, semuanya boleh humban ke laut jer.Hehehehe...

Kami jalan ke Kuching

Kali ni trip kami ke Kuching!meowwww....hehhehehe. Sebenarnya ni kali kedua aku ke Kuching. Kali pertama aku dengan Angah je ke sana. Maklumlah, sebelum buat trip ni kami pegi survey dulu. Aku, Angah, anak buah kami dan tidak lupa bonda Angah turut sama dalam trip kali ni. Trip ni waktu cuti sekolah tahun lepas. Hari terakhir persekolahan tahun 2010, kami berangkat ke sana. Seronoknya anak buah kami dapat naik kapal terbang. Yeahhh, masing-masing menghitung hari nak pergi trip ni.
Aik, 5 orang je? Mana pulak pegi 3 orang lagi anak buah kami? Seronok mereka dapat naik kapal terbang. Aku dulu kecik-kecik tak pernah merasa macam depa. So, bak kata Angah biarlah mereka merasa pengalaman baru.







Puas kami cari, rupanya dia dah naik atas kapal dulu. Huhhuhu, tak sabar ye! Hmmm, ni mesti mengikut seseorang. Dia ikut perangai sape ni? Sila jawab Angah?hehehhe.....
Masing-masing berdebar-debar. Maklumlah Aziah first time naik kapal. Aku risau jugak. Manalah tahu kalau-kalau si Aziah ni mabuk ke apa. Nasib baik dia ok. So, ini merupakan pengalaman barulah bagi si Aziah.
















Akhirnya sampai kat Kuching. 7 orang rupanya bebudak ni. Aku salah kira rupanya. Anak sapelah yang aku kira agaknya. hehehheeh....Sampai je kami terus ambik teksi terus pergi ke hotel. Letih gak badan sebab kami sampai agak lewat sebabnya biasalah dari KL, flight delay. So, faham-faham jelah.
Shopping time!!. Sepanjang di Kuching, 2 kali kami ke Serikin. Serikin ni sempadan Malaysia-Indonesia, Puntianak!! Peniaga kat Serikin ni kebanyakannya dari sana. Nama tempatnya pun dah memang hantu, peniaga kat situ cakap dulu memang banyak kuntilanak dan sebab tu namanya macam gitu.
Bonda Angah bersedia menghabiskan duit membeli-belah di Serikin.
Aku, bonda Angah, Ecah & adik bongsu Angah, Usin. 
Perasan tak? Baju Ecah berbeza dengan gambar kat atas tu? Gambar atas Ecah pakai tshirt belang-belang dengan topi, gambar ni pulak baju kuning. Kat sinilah peristiwa Ecah jatuh sungai. Belakang kedai-kedai di kawasan Serikin ni ada sungai, entah macam mana, tersalah langkah si Ecah ni terjatuh dalam sungai. Kami punyalah terkejut. Nasib baik sungainya tak dalam & nasib baik jugak dalam sungai tu takde benda-benda tajam. Alhamdulillah. Syukur kepadaNYA. Ecah, next time beware ye. Minta perhatian pada Angah jugak yer...hehheheh..
7 orang anak buah kami jadi model langsir kat Serikin. Ecah masih terkejut tu, nasib baik dia nak bergambar dengan yang lain-lain. Tu pun kena paksa bergambar.Tengok, mana ada dia pandang kamera. Dia alergic, hehhehe....


Aziah & Nana. Aziah ni anak buah kami yang cukup suka gelak. Kami tergelak sebab dengar dia punya gelak. Nana pulak, jenis yang pendiam. Kalau dengan kawan-kawan dia tak tahulah aku sama ada dia pendiam atau kuat bercakap sama macam Aziah.
Lepas kami beli ikan terubuk di Pasar Satok, entah macam mana kami tersalah masuk lorong. Nak tukar lorong punya pasal, akhirnya berlakulah peristiwa ni. Huhhuhhu, accident! Semua terperanjat. Apa nak kata, perkara dah terjadi, harung jelah. Next time, tuan drebar kena pandu ikut lorong. Takpe, pengajaran!
Cakkkk!! Malam sebelum kami balik, sempatlah bebudak ni semua main musical chair. Aku pun join sama. hehhehe....tapi as a photographer jelah;). Happy, enjoy je semua walaupun siang tu kami berkampung di balai polis menguruskan kereta di atas tu.
Time to go back. Next time ikut kami jalan-jalan lagi yer.





  

Friday, February 18, 2011

Syoknya kami mandi hujan!

 Hujan turun lebat. Aku rasa mcm nak mandi hujan. Dulu tiap kali hujan, memang baju aku tak pernah kering. Pernah dulu aku kena marah sebab asyik mandi hujan sampaikan demam. Anak buah aku ni tak pernah mandi hujan, so aku nak dia rasa sendiri macam mana seronoknya mandi hujan. Tengok aje sengih lebar dia bila ada peluang mandi hujan.




Nak bagi budak ni tambah seronok, dengan aku sekali join Aiza mandi hujan. Nanti dia takde geng pulak nak mandi. Hahahahha...


















Air dari cucur atap ni lah yang aku mandi tiap kali hujan turun. Tak payah aku nak cari waterfall lagi. Turun dari atap rumah aku je yang kami mandi dari kecil lagi.









Tengok jelah muka Aiza, puas dia dapat mandi hujan. Aku pun puas dengar dia gelak. Puas jugak sebab dapat flashback semula zaman aku kecik-kecik dulu. Huhhhuhu, seronok beb sesekali join bebudak ni mandi hujan. Jom, next time bila hari hujan kita mandi reramai.Hahahahha....



Langkawi Trip

Kali ni aku ke Langkawi untuk kali yang? Entah aku pun tak ingat kali yang ke berapa. Kalau ikut tarikh gambar ni tahun 2009. Dah hampir 1 tahun setengah. Dah lama rupanya. Actually, trip ke langkawi ni adalah trip sekolah Angah, biasalah aku pengikut yang setia. Kami ambik flight dari LCCT terus ke Langkawi, jimat masa tapi kopak poket untuk tambang. Hehehhe...Tapi, "Now, everyone can fly". So, setakat ni takda masalah kan Angah ;)







Muka aku nampak cam penat je..tapi aku dah tak ingat kenapa muka aku camni...hehehehhe









 Travelmate forever..hehhehe...yang ni aku ingat kenapa muka aku macam gini. Aku penat, kaki aku lenguh jalan jauh sebab nak naik kabel car. Penat-penat pun kena jalan gak, kalau merungut aku kena bebel dengan orang sebelah aku tu..hehhehe







Rumah tempat kami posing ni, rumah Mahsuri. Hmmmm, ramai betul yang datang nak tengok rumah ni. Walaupun rumah kayu tapi terjaga dengan baik. Budak paling kecik tu, Ecah second daughter Angah. Kalau ambik gambar dia jenis tak suka tengok kamera. Dia alergic dengan kamera!hehhehehheh








Air perigi mahsuri ni kata orang boleh cantikkan kulit. Ada sesape yang pernah minum, mandi atau sapu air ni kat muka?








AKu turun je dari rumah Mahsuri aku jumpa nyonya ni tengah putar getah skrap. hahahahahah....










Lastly lepas dah pusing-pusing pulau, kami bagi makan arnab yang kelaparan tahap gaban ni. Huh, abis semua carrot, semuanya kuat melantak. Walaupun kaki lenguh, aku pulak merungut-rungut penat, kami semua happy. So, bila next trip ke langkawi lagi ni? Angah, sila jawab soalan itu yer;)


Tuesday, February 15, 2011

Kami ke Sabah kali ke-2

Kali ni, aku mengekor keluarga Angah ke Sabah. Aku angkut 2 orang anak buah aku pergi sama. Sampai di KK, kami tidur di situ semalam. Awal pagi, kami gerak ke Kundasang. Kat situ sejuk, macam di Cameron Highland. Punyalah nak tengok orang utan, Angah yang jadi drebar tetap trip ni drive ke Sepilok. Jauh tak payah cakaplah. Sampaikan kami tidur berkali-kali, masih lagi tak sampai. Kalau tahu sejauh tu, kami ambik flight je. Hehehe...takpe pengalaman. Akhirnya sebab terlalu jauh untuk patah balik ke KK, kami semua tidur di Sandakan. Perjalanan balik esoknya, kami singgah di Kampung Luanti. 
Apa yang ada di Luanti? Hah, tu kat kaki kami tu. Ikan pemakan kaki!!! Hehehhe...Ikan kelah sebesar lengan aku! Kami masuk je dalam sungai tu, ikan kelah dok berkumpul celah kaki kami. Huh, geli tak payah cakaplah. Ikan kelah yang besar-besar tu, dok gigit-gigit manja kaki kami. Hehehhe....geli+sedap. Menurut orang tempatan kat situ cakap, kalau di kawasan Luanti tu banjir, bila surut ikan kelah ni akan balik semula di sungai tu. Setia ikan kelah ni rupanya. Jadi, macam mana jauh pun ikan-ikan ni akan tetap kembali ke pangkal jalan. Hehehhehe....

Berebut-rebut ikan kelah ni nak melantak. Mujurlah tangan tak kena makan sekali. Tu cara ikan kelah di beri makan. Kena genggam makanannya lepas tu nanti, banyaklah ikan kelah menggigit-gigit tangan nak kan makanan tu.








Nazira menahan geli digigit ikan kelah. Baru perasan, tinggi betul dia menggulung seluar dia yang akhirnya basah jugak. Kami mandi kat sini. Tak tahan tengok air sungai. Sejukkkkk.
Nazira & Ecah kat Pekan Nabalu. Pekan nanas ni. pastu kat sini banyak anjing. Tokeh kedai kat sini semuanya bela anjing. Kebanyakan mereka bukan muslim. Kalau pandai tawar harga dapatlah beli tshirt Sabah yang cantik-cantik dijual kat sini. Jom ikut kami jalan-jalan lagi. 

Ikut K.A.M.I ke Kota Kinabalu bah!

Kali ini kami ke Kota Kinabalu, Sabah. Kami pergi dalam 1 kumpulan yang agak ramai. Seronok tak payah cakaplah. Maklumlah first time. Trip ke KK ni pada tahun 2009. Hmmm, gambar lama jugak so baru sekarang nak cerita. Takpelah kenangan indah ni, kena dokumentasikan!!


Sebelum menjejak kaki di negeri bawah bayu ni, cuba tengok gambar bawah ni. Cantiknya kuasa tuhan yang maha esa. Berkelip-kelip mata aku tengok  pemandangannya dari atasBukan aku je yang ternganga tengok pemandangan seindah ni, travelmate aku pun sama ;)






Inilah rombongan kami ke KK. Ramaikan?










Muka semuanya ceria je sebab tak lama lagi shopping time;)








Sampai di Kundasang, aku nampak stesen minyak ni. Hmmm, sangat klasik! Nasib baik ada daripada takde langsung. Agaknya dah berapa lama usia stesen minyak ni?  






Inilah travelmate aku. A.N.G.A.H. Senang nak ingat nama dia. So, kalau Angah jalan-jalan, aku ikut dia. Kalau aku yang berjalan, dia ikut aku ;) Tapi biasanya, aku yang rajin mengekor Angah.

Bila K.A.M.I jalan-jalan

Budak-budak kalau jumpa air memang macam ni. Bukan kata budak-budak aje, mak budak pun boleh jadi lain macam bila dah tengok air macam ni. Gambar ni, zaman kami ke Genting. Rasanya tahun lepas atau 2 tahun lepas. Aku pun dah tak ingat sangat. 4 orang anak buah aku ni memang pantang jumpa air.






Dah macam penguin anak buah kami yang ni. Aiza sekarang dah 6 tahun tapi saiz dia macam budak 4 tahun. Kemetot budak ni. Dalam keluarga kami takde pulak yang kecik macam ni. Dia pun rajin ikut aku berjalan macam adik dia, Damia. Masa ni, Damia masih lagi dalam perut mak dia ;)



Sebelah Aiza tu, Nana. Masa kami masuk dalam umah salji, dia menangis tak tahan sejuk. Kena pulak baling dengan salji, lagilah dia menangis. Cesss, tak tahan sejuk rupanya. Kalau tahu awal-awal, gerenti kena tinggal dek kami.







Tadaaaaa. Inilah K.A.M.I. Rombongan cik kiah ke Genting Highlands. Huhhuhhu....Tahun ni, kami plan nak ke sana lagi. Hari tu, plan nak naik ke sana, tapi dek kerana kemalangan bas kat Genting, kami jadi kecut perut. Tapi, kalau kemalangan kat mana-mana pun boleh berlaku. Betul tak? Jadi, ke mana sahaja kami jalan-jalan, kenalah sentiasa berhati-hati. K.A.M.I nak jalan-jalan lagi nanti. Nak ikut? Jom ;)