Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Kami ke Sabah kali ke-2

Kali ni, aku mengekor keluarga Angah ke Sabah. Aku angkut 2 orang anak buah aku pergi sama. Sampai di KK, kami tidur di situ semalam. Awal pagi, kami gerak ke Kundasang. Kat situ sejuk, macam di Cameron Highland. Punyalah nak tengok orang utan, Angah yang jadi drebar tetap trip ni drive ke Sepilok. Jauh tak payah cakaplah. Sampaikan kami tidur berkali-kali, masih lagi tak sampai. Kalau tahu sejauh tu, kami ambik flight je. Hehehe...takpe pengalaman. Akhirnya sebab terlalu jauh untuk patah balik ke KK, kami semua tidur di Sandakan. Perjalanan balik esoknya, kami singgah di Kampung Luanti. 
Apa yang ada di Luanti? Hah, tu kat kaki kami tu. Ikan pemakan kaki!!! Hehehhe...Ikan kelah sebesar lengan aku! Kami masuk je dalam sungai tu, ikan kelah dok berkumpul celah kaki kami. Huh, geli tak payah cakaplah. Ikan kelah yang besar-besar tu, dok gigit-gigit manja kaki kami. Hehehhe....geli+sedap. Menurut orang tempatan kat situ cakap, kalau di kawasan Luanti tu banjir, bila surut ikan kelah ni akan balik semula di sungai tu. Setia ikan kelah ni rupanya. Jadi, macam mana jauh pun ikan-ikan ni akan tetap kembali ke pangkal jalan. Hehehhehe....

Berebut-rebut ikan kelah ni nak melantak. Mujurlah tangan tak kena makan sekali. Tu cara ikan kelah di beri makan. Kena genggam makanannya lepas tu nanti, banyaklah ikan kelah menggigit-gigit tangan nak kan makanan tu.








Nazira menahan geli digigit ikan kelah. Baru perasan, tinggi betul dia menggulung seluar dia yang akhirnya basah jugak. Kami mandi kat sini. Tak tahan tengok air sungai. Sejukkkkk.
Nazira & Ecah kat Pekan Nabalu. Pekan nanas ni. pastu kat sini banyak anjing. Tokeh kedai kat sini semuanya bela anjing. Kebanyakan mereka bukan muslim. Kalau pandai tawar harga dapatlah beli tshirt Sabah yang cantik-cantik dijual kat sini. Jom ikut kami jalan-jalan lagi. 

Ikut K.A.M.I ke Kota Kinabalu bah!

Kali ini kami ke Kota Kinabalu, Sabah. Kami pergi dalam 1 kumpulan yang agak ramai. Seronok tak payah cakaplah. Maklumlah first time. Trip ke KK ni pada tahun 2009. Hmmm, gambar lama jugak so baru sekarang nak cerita. Takpelah kenangan indah ni, kena dokumentasikan!!


Sebelum menjejak kaki di negeri bawah bayu ni, cuba tengok gambar bawah ni. Cantiknya kuasa tuhan yang maha esa. Berkelip-kelip mata aku tengok  pemandangannya dari atasBukan aku je yang ternganga tengok pemandangan seindah ni, travelmate aku pun sama ;)






Inilah rombongan kami ke KK. Ramaikan?










Muka semuanya ceria je sebab tak lama lagi shopping time;)








Sampai di Kundasang, aku nampak stesen minyak ni. Hmmm, sangat klasik! Nasib baik ada daripada takde langsung. Agaknya dah berapa lama usia stesen minyak ni?  






Inilah travelmate aku. A.N.G.A.H. Senang nak ingat nama dia. So, kalau Angah jalan-jalan, aku ikut dia. Kalau aku yang berjalan, dia ikut aku ;) Tapi biasanya, aku yang rajin mengekor Angah.

Bila K.A.M.I jalan-jalan

Budak-budak kalau jumpa air memang macam ni. Bukan kata budak-budak aje, mak budak pun boleh jadi lain macam bila dah tengok air macam ni. Gambar ni, zaman kami ke Genting. Rasanya tahun lepas atau 2 tahun lepas. Aku pun dah tak ingat sangat. 4 orang anak buah aku ni memang pantang jumpa air.






Dah macam penguin anak buah kami yang ni. Aiza sekarang dah 6 tahun tapi saiz dia macam budak 4 tahun. Kemetot budak ni. Dalam keluarga kami takde pulak yang kecik macam ni. Dia pun rajin ikut aku berjalan macam adik dia, Damia. Masa ni, Damia masih lagi dalam perut mak dia ;)



Sebelah Aiza tu, Nana. Masa kami masuk dalam umah salji, dia menangis tak tahan sejuk. Kena pulak baling dengan salji, lagilah dia menangis. Cesss, tak tahan sejuk rupanya. Kalau tahu awal-awal, gerenti kena tinggal dek kami.







Tadaaaaa. Inilah K.A.M.I. Rombongan cik kiah ke Genting Highlands. Huhhuhhu....Tahun ni, kami plan nak ke sana lagi. Hari tu, plan nak naik ke sana, tapi dek kerana kemalangan bas kat Genting, kami jadi kecut perut. Tapi, kalau kemalangan kat mana-mana pun boleh berlaku. Betul tak? Jadi, ke mana sahaja kami jalan-jalan, kenalah sentiasa berhati-hati. K.A.M.I nak jalan-jalan lagi nanti. Nak ikut? Jom ;)