Saturday, June 30, 2012

Samila Beach & Ice Dome

meh kita sambung cerita, lepas kami ke tang kuan hill, terus pulak ke samila beach. takde apa sangat kat pantai ni..kalau kat  melaka lebih kurang pantai puteri jer. tapi ada sesuatu kat pantai ni yang menjadi trademarknya. apa dia?

tadddaaaa....ada golden mermaid..duyung ni dibuat dgn kos 60,000 baht.. duyung ni adalah watak kuno dlm cerita rakyat Thai iaitu Phra Apaimanee..  kununnya ada nelayan yang jumpa duyung kat pantai nih tgh sikat rambut, sebab nelayan ni dah takutkan duyung ni ,maka duyung nih terjun masuk laut..so duyung nih di jadikan simbol pantai  samila..hahahaha...

aksi wajib nih..hahhaha..yazie malu2 lagi. baru 1st time melompat katanya. tunggu lepas ni tengok dia lompat sampai mana.hehehe..

lepas berpanas kat samila beach, kami bersejuk-sejukkan pulak kat Ice Dome. tempatnya masih baru lagi. lebih kurang mcm kat negara kita jugak. kalau malam lagi cantik lah ala-ala i-city gitew. masuk kat dalamnya dalam rm30 sorang.
samakan mcm kat negara kita gaks. beku sekejap kaki kami sebab masuk sini kami pakai selipar jer. aku dengan angah berlari-lari cari pintu sebab dah tak tahan sejuk. 
kami kat ice dome ni sekejap jer sebab dah kebulur..so, ambik gambar pastu kami pun blah. cari restoran sedap.

alhamdulillah, lunch hari ni memang terbaekkkk.. Chekkar restoren. kena ingat sampai bila2 lah tempat nih. tomyam dia memang terbaekkk...habis licin kami kerjakan. kerabu mangganya pun terbaekkk..puas ati lah makan kat sini. sedap+murah.
abis lunch, kami bersedia ke floating market plak..yeyyyyy.....bersambung...hehehe



No comments:

Post a Comment