Showing posts with label songkhla. Show all posts
Showing posts with label songkhla. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Samila Beach & Ice Dome

meh kita sambung cerita, lepas kami ke tang kuan hill, terus pulak ke samila beach. takde apa sangat kat pantai ni..kalau kat  melaka lebih kurang pantai puteri jer. tapi ada sesuatu kat pantai ni yang menjadi trademarknya. apa dia?

tadddaaaa....ada golden mermaid..duyung ni dibuat dgn kos 60,000 baht.. duyung ni adalah watak kuno dlm cerita rakyat Thai iaitu Phra Apaimanee..  kununnya ada nelayan yang jumpa duyung kat pantai nih tgh sikat rambut, sebab nelayan ni dah takutkan duyung ni ,maka duyung nih terjun masuk laut..so duyung nih di jadikan simbol pantai  samila..hahahaha...

aksi wajib nih..hahhaha..yazie malu2 lagi. baru 1st time melompat katanya. tunggu lepas ni tengok dia lompat sampai mana.hehehe..

lepas berpanas kat samila beach, kami bersejuk-sejukkan pulak kat Ice Dome. tempatnya masih baru lagi. lebih kurang mcm kat negara kita jugak. kalau malam lagi cantik lah ala-ala i-city gitew. masuk kat dalamnya dalam rm30 sorang.
samakan mcm kat negara kita gaks. beku sekejap kaki kami sebab masuk sini kami pakai selipar jer. aku dengan angah berlari-lari cari pintu sebab dah tak tahan sejuk. 
kami kat ice dome ni sekejap jer sebab dah kebulur..so, ambik gambar pastu kami pun blah. cari restoran sedap.

alhamdulillah, lunch hari ni memang terbaekkkk.. Chekkar restoren. kena ingat sampai bila2 lah tempat nih. tomyam dia memang terbaekkk...habis licin kami kerjakan. kerabu mangganya pun terbaekkk..puas ati lah makan kat sini. sedap+murah.
abis lunch, kami bersedia ke floating market plak..yeyyyyy.....bersambung...hehehe



Hatyai Lagi

so kita sambung cerita pasal hatyai lagi. dah macam cerita drama plak kan. ehh suka hatilah kan brape banyak episod pun. ini cerita kami.hehhehe..

so hari pertama kat hatyai, pagi tu kami dok melantak kat restoran salmah..iye ke nama restoran tu ek?hmm...hentam jelah...lepas perut dah penuh & dah dapat energy semula, kami decide nak naik tut tut jer. tak mau drive. maklumlah kat thailand ni minyak mahai. rm3.50 seliter. mahainyerrr. so, kami ambik tut tut nak pusing hatyai & songkhla..pujuk punya pujuk drebar tu dapatlah tut tut dengan rege 1200 baht (rm120). so hari pertama tu kami dok pusing hatyai & songkhla. huhuhu...panas+berdebu+sakit badan naik tut tut. hmm, pengalaman naik cukuplah sekali ajer.hehehhe.


so sepanjang hari sakit ler badan kami naik tut-tut ni. apapun, kami redah & gagahi jugak lah demi nak menengok keindahan ciptaanNya.


ada satu lagi pengangkutan yang cukup glamer kat thailand ni..kalau kita buat kat negara kita dah lama kena saman.
tu diaaa...naik sampai 3 orang+ takde helmet lagi. memang ramai orang thailand naik motor lagu ni. huhuhu.

tempat pertama yang kami pergi. Tang Kuan Hill. apa yang ada kat sana? pemandangan yg sgt chantek dannnn....

 apa nama wat ni pun tak tahu sebab tak naik pun. depa tgh sembahyang masa ni kot. :)

so baru tempat pertama ni. ada banyak tempat lagi yg kami dah intai-intai. so rasanya bersambung lagi...hehehe..