Wednesday, June 13, 2012

Beijing oooo Beijing...

perjalanan ke beijing memang aku nanti-nantikan. rasa seronok sangat. trip ke beijing ini adalah pada 27 mei hingga 1 jun. rombongan mak jemah ke beijing adalah seramai 14 orang. excited sangat!!. masa aku ke sana bersama rombongan mak jemah, mengikut ketua lawatan kami adalah musim bunga. rupa-rupanya penghujung musim bunga. bunga ada seciput dua jer. cuaca lebih kurang malaysia jer.

inilah rombongan mak jemah ke beijing. ada sorang jer yang tak nak bergambar sebab tak suka bergambar.

muka excited angah dengan kak izan..huhuhu..

sampai-sampai jer kat beijing, inilah rupanya kat luar airport beijing. cuaca agak berjerebu. udara tak sihat.huhuhuhu. bila sampai jer, terus cari bunga..takde pun bunga? hahhaa...dah datang pun end of spring, mana nak jumpa bebanyak..ye tak?hmm....takde rezeki...masa aku ke sini menurut pakar cuaca, waktu siangnya agak panjang. dah subuh pun pukul 2 lebih gitew.  
 aku terjaga pukul 4 pagi, sudah ada sang mentari yang mula mencanak.
time to eat... hari pertama ok lagilah terima makanannya dan boleh diterima oleh tekakku. sayur memang menu wajib kat sini. hari pertama aku jumpa jugak cili api. huhuhu, masuk hari yang seterusnya, jumpa cili kering jer. masa ni sangat lapar so hidangan makanan memang licin. bekalan dari malaysia pun tak dikeluarkan lagi. stok sambal ikan bilis mak aku.hahaha...
basikal bermotor ni memang sangat banyak. lorong untuk basikal pun ada. so, tak risau kena langgar. bila bercerita pasal jalan kat beijing ni, pemandu memang sangat tidak mematuhi isyarat jalan raya, main redah jer beb. lepas tu, kalau tengok jalannya memang sangat pelik. bersimpang-siur.huhuhu..seriauuu beb. nasib ler drebar kitaorang sangat cekap. dah dia orang beijing..kannn... lagi satu yang paling teruk adalah traffic jammednya. sangat teruk wooo. kalau kat kl tu kita dah rasa teruk, kat beijing tu berganda-ganda teruknya.
basikal motor ni pulak jangan suka-suka duduk atasnya nak landing ambik gambar, siap ada alarm lagi. duduk jer berbunyi mengalahkan kereta mewah..hahahha..terperanjat angah, gara-gara nak bergambau dengan basikal motor ni. nasib takde penyakit jantung..hua hua hua...

menu wajib setiap kali kitaorang makan. huhuhu, lemah betul usus perut aku bila melihat menu ni. uwaaa, mahu nangis. tapi sekurang-kurangnya aku makan gak sayur. kesian kat angah sebab dia memang tak makan sayur. hahaha...kesiannn..tengok dia makan, dok golek-golek jer nasi tu sebab tak makan sayur. rasanya dia tobat kot nak pegi ke beijing. kalau nak pegi ke sana lagi, katanya mahu bawak dapur masak sendiri.hahahha..

inilah K.A.M.I...the iron lady gitew..hahahha.

peniaga tepi jalan ni pegi mana-mana pun dia ada. kat mana kita makan, depa tahu. adoiyaiii...kadang-kadang kesian tengok peniaga kecik-kecik ni. perkataan glamer yang diaorang tahu, murah..murah...murah..hahha..pandai betul niaga. masa ni diaorang tunggu aku & rombongan kat depan masjid. pilih punya pilih, lastnya tak jadi beli sebab tak cukup kuantiti barang yang aku nak. so goodbye yer. tapi pagi esok, pempuan ni dah tunggu depan hotel. nasib dia tak ingat muka aku.hahaha..kalau tak di salaknya aku beli barang dia.

masa ni kitaorang pegi kat tempat buat silk. amoi sebelah tu memang sangat pandai cakap dan comel jugak. yang biji tu lah asalnya silk. dalamnya ada ulat yang dah mati. lepas tu, kepompong tu di rendam supaya lembut dan di atas kepala amoi tu adalah biji-biji di atas yang telah di cantum. huhuhu, terkesima sekejap. sutera cina ni mahal gak. aku beli untuk aku & mak je. angah pun beli corak yang sama macam aku. suka taw nak boria-boria.hahahha...


inilah aksi paling suka dibuat oleh aku, angah dan kak jijah..terutama sekali kak jijah lah..hadoi aiii...kalau tak jadi gambar lompat siap kena marah lagi..macam mak tiri marah anak tiri dia * ditujukan khas kepada angah sahaja* hahahha... aksi melompat ni kat great wall & summer palace. masa panjat great wall, hari hujan..hohoho, terbaeklahh..teringat momentum di kinabalu, masa nak turun hujan sangat lebat. tapi, alhamdulillah, sampai jugak di stesen pertama walaupun ada orang rasa kakinya tak jejak kat tanah...ampoonnn kak jijah. hahaha..apapun memang kami selamba jer melompat, sampai puas hati gambar lompat ala-ala katak tu barulah stop. ramai gak orang dok pandang kami. tapiiiiiii, ada aku kisah???janji we are hepiiii...hehehhe
tak ingatlah sini tempat apa. rasanya restoran kot. banyak nau bergambar, tak ingat.hahahah...

cantikkan masjid dia. aku tak ingat nama masjid ni, maklumlah agak berbelit lidah aku nak menyebutnya. orang muslim beijing tak guna telekung so, kalau ke sini bawakla telekung. rasanya kat masjid ni kak jijah mewakafkan telekungnya.hahaha..punyalah nak berlenggang, sampai telekung dia pun tertinggal. tapi takpelah, ada gak kak jijah punya pahala..kan kak...jauh betul dia wakafkan telekung dia yang made in vietnam tu. takpe-takpe nanti kita ke vietnam cari yang sama yer kak.

nilah geng sporting moting. kelakar gila. yang paling tinggi tu adalah tourist guide kitaorang selama di beijing. michael! sangat tinggi sebab hari-hari makan sayur. hajar jangan marah-marah yer. sebelum check out hari tu, kawan aku; hajar kena bayar 100yuan = rm50 sebab cadar kena sambal.huhuhu..sabau jar...katanya dia tobat tak nak datang beijing lagi.hahahha...janganlah begitu... chill

masa ni dah nak balik ke tanah airku tercinta. flight pukul 1 pagi gitew. group dari 14 terpisah dua sebab masalah apa aku pun tak tahu. so, 8 orang balik dulu, group yang kedua balik pukul 4 petang. hmmm, apa nak kato. apapun kitaorang sangatlah hepinya...come again? insya allah..macam cantik time autumn kan..ke winter? hmmm....nanti-nantilah i fikir yer. chow...





No comments:

Post a Comment