Monday, April 9, 2012

we are F.R.I.E.N.D.S

Assalammmm semuaaa.... depa ni semua coursemate aku di uitm kampus intec shah alam. dah masuk 2 tahun setengah aku further study dalam art in education ni. gambar ni ambik selepas lecture kalau tak silap aku.hehhehe..nasib baik dapat lecture yang sempoi dan sangat baik hati. thanks sangat-sangat yer prof shukor. prof memang terbaikkk lah.

prof kami ni, kalau semester 2 & 3 dulu sebelum & selepas kelas akan ada sesi menjamu selera. ada yang bawak potluck, prof tukang buat air. sangat baik hati woooo...

masa ni aku dan kitaorang yang lain celebrate birthday ayu ( berbaju polkadot) ni di papa rich shah alam. hmm, terima kasih kat zura kerana telah membelanja kami di sini. moga murah rezeki & belanjalah lagi.hehheh...

Sunday, April 8, 2012

Jelajah Gunung Tok Wan

Girl powerrrr... insya allah, inilah geng panjat yang akan menawan puncak kinabalu. depa ini kebanyakannya geng kayuh. aku kalau setakat nak kayuh dalam kampung je boleh lah..hehehe..apapun diaorang memang best dan sporting. terima kasih yer kakak-kakak kayuh yang sudi kenal dengan den ni hah. 

jelajah tok wan ni sebenarnya adalah latihan kaki yang ke 3, beberapa hari je lagi sebelum berangkat ke kinabalu. alhamdullilah sempatlah aku dengan angah join. memang depa plan panjat tok wan ni dan buat bbq. terima kasihlah kat kak marina dan yang lain-lain sebab sponser kami makan di puncak tok wan. aku dengan angah bawak epal jer sebagai tambahan pada yang lain.

kak marina & abang asri as chef today. terima kasih kak marina & abang polis..hehehe...

masing-masing tengah membakar...kita bakar, bakar..sedap ayam tu. 

ntah pesal muka aku sedih jer. hmmm, masa ni tengah fikir kot, macam mana aku nak turun dari gunung tok wan ni. actually, kalau sesiapa yang dah biasa naik broga, lepas broga akan jumpa trail ke gunung tok wan. lepas puncak broga jumpa lah susur ke tok wan. 

Saturday, April 7, 2012

Broga Hill oiiii...

Tadddaaaa...cantikkan ciptaanNya. Damai sungguh hati, tenang, sejuk. macam-macam lah ada dallam hati bila dah sampai puncak. hijau jer. suka, suka,suka,suka. ni antara latihan awal aku menguatkan kaki. aku dengan angah jer yang pegi. ni merupakan first time lah mendaki broga ni. sebelum mendaki, kami singgah di pekan semenyih untuk breakfast. roti telur, telur suku masak, milo panas..perghhh...masa nak mendaki broga, punyalah penuh rasa perut aku.huhuhu..len kali before nak naik bukit or gunung mana pun perut jangan penuh sangat yer. petua dari otai-otai gunung...hehhehe...

punyalah ramai manusia yang panjat broga. huhuhu..jammed sampai atas. yang turun satu, yang  naik pun ramai. kena bagi laluan lah. kita 1 malaysia kena toleransi yer. ok bebeh..hehhe

masa ni kitaorang baru sampai. ramai jugak yang dah turun. dah panas. nak panjat broga kena pepagi baru best. sejuk dan nyaman gitew.

tadaaaa...akulah tu. dok atas batu belah batu bertangkup dengan penuh aksi stunt nya.hehhehe...tinggi wooo batu tu. walaupun kaki aku saiz 4 & kadang-kadang saiz 3 1/2 tapi alhamdulillah, Dia bagi aku kekuatan dan keupayaan untuk melihat ciptaanNya. Terima kasih Tuhanku.

maintain lagi beb bergambar walaupun, mintak nyawaaaa...hahahha..angah are you ok? kena salute dengan angah sebab dah 4 series tapi masih kuat kakinya memanjat. next time kita membroga lagi yer. latihan menguatkan kaki untuk sesi yang pertama. lepas ni, nextttt... 

Thursday, March 22, 2012

KESIBUKAN TERLAMPAU

Assalamualaikum.... lama sangat dah tak update blog ni. Terlampau sibuk pun yer jugak, sampaikan takde masa nak update.huhuhu. Perancangan untuk tahun 2012 ni terlalu banyak. Antaranya adalah aktiviti mencabar kaki. Bermulanya dari visit yg pertama:
cantikkan view ni...lawatan pertama ke sini. tak ingat tahun bila. kemudian di ikuti pula visit yg kedua :

visit yg kedua bergambar kat laluan nye jer. yg ni ingatlah sebab kat gmbr ada tarikh :) Di ikuti pula dengan visit yang ke 3 di negeri bawah bayu ni.

visit yang ke 3 yang menyebabkan tercetusnya idea pada aktiviti menguatkan kaki :) dan lagiiiii....

Taraaaaaaa.....insya allah antara plan terdekat adalah mendaki  gunung kinabalu. Tapi antara aku dan angah sahaja. moga-moga apa yang dirancang menjadilah hendaknya.



Thursday, February 2, 2012

Jalan Petaling woooo..


lama aku tak pegi sini. zaman study dulu suka sangat lalu sini dari stesen pasar seni nak ke pudu raya. lalu sekadar menjamu mata. tengok-tengok barang n tengok cina yangg meniaga kat sini yang macam ala-ala bonser..huhuhu...dulu kalau tak nak beli barang, janganlah gatal-gatal mulut dok tanya pasal harga. kalau tak beli matilah kena maki. tapi tu dulu, sekarang jalan petaling lebih bersih. nilai-nilai murni gitew.hehehe.. ini semua our PM lancarkan konsep 1 malaysia, kempen budi bahasa, so peniaga kat sini terinfluence dengan kempen tuh. alhamdulillah at least tak lah ada kes macam dulu.kannnnn...apa pun, malaysia tanah air ku..apa daaa...menyimpang dah ni..eh betul lah kan. malaysia memang kaya dengan budi pekertinya. rakyat sopan-santun yang paling penting kaya dengan adat resam. i love malaysia :)

Monday, January 2, 2012

Permulaan 2012

Penghujung 2011, permulaan 2012. Family trip angah so mcm biasa aku menyelit dgn beberapa orang anak buah aku. Nabilah, Fatin, & Nazira. Kami berkonvoi dari KL ke Singapore. stay kat homestay yg dekat dgn tuas 2nd link. hmm, seronok gaks..mcm2 ragam.

Antara ahli2 rombongan mak jemah with kungfu panda..hehhehe...

Thursday, July 14, 2011

'Mereka' Kami sayang

Antara insan yang aku sayang, nenek dan mak. Dua beranak yang tidak tinggal bersama sekarang. Dulu nenek tinggal dengan kami. Sekarang nenek tinggal dengan pakcik. Malam ni tetiba aku teringat kat nenek. Kalau makan tengah hari, menu yang kena ada ialah sambal belacan. Wajib! Untuk bagi nenek selera makan, ulamnya makan nasi adalah buah mangga masak. Sekarang ni pulak, mak aku mengikut maknya (nenek). Alhamdulillah, nenek masih dipanjangkan umurnya. Kalau jumpa durian, mesti ada santan. Nasi+santan+durian. Aku tak pernah makan. Rasanya macam tak tergamak masuk dalam perut aku. Kalau dulu, baru-baru tinggal dengan pakcik aku bila aku pergi menziarah nenek, dia menangis. Dia cakap aku dengan mak lupakan dia. Sampai dunia berakhir tak mungkin aku lupakan dia. Mak selalu cerita, dulu waktu kami masih merah, mak berpantang, neneklah yang jaga kami, neneklah yang memandikan kami. Terima kasih yang tidak terhingga kerana bersama-sama mak abah membesarkan kami menjadi manusia berguna. Dulu, rumah nenek dengan rumah mak jaraknya lebih kurang 3km. Kadang-kadang, nenek berjalan kaki sahaja ke rumah mak abah. Walaupun panas, sanggup nenek berjalan kaki semata-mata untuk menghantar juadah yang dimasak khas untuk kami. Bila aku dah pandai bawa motor, aku ke rumah nenek yang lama, mengambil nenek setiap petang untuk dia tidur di rumah mak. Selepas sarapan nenek balik semula ke rumahnya berjalan kaki. Begitulah rutin nenek. Aku rindukan nenek. Bukan hanya aku, tapi aku tahu, mak dan kami semua rindukan keletah dan latahnya. Titipan ini aku buat kerana aku kangen samanya. Terlalu. Moga nenek diberi kesihatan yang baik. Insya Allah.    
Nenek-Emak

2 insan yang teramat kami sayang

Entah apa yang disembangkan dua beranak ni.