Thursday, July 14, 2011

'Mereka' Kami sayang

Antara insan yang aku sayang, nenek dan mak. Dua beranak yang tidak tinggal bersama sekarang. Dulu nenek tinggal dengan kami. Sekarang nenek tinggal dengan pakcik. Malam ni tetiba aku teringat kat nenek. Kalau makan tengah hari, menu yang kena ada ialah sambal belacan. Wajib! Untuk bagi nenek selera makan, ulamnya makan nasi adalah buah mangga masak. Sekarang ni pulak, mak aku mengikut maknya (nenek). Alhamdulillah, nenek masih dipanjangkan umurnya. Kalau jumpa durian, mesti ada santan. Nasi+santan+durian. Aku tak pernah makan. Rasanya macam tak tergamak masuk dalam perut aku. Kalau dulu, baru-baru tinggal dengan pakcik aku bila aku pergi menziarah nenek, dia menangis. Dia cakap aku dengan mak lupakan dia. Sampai dunia berakhir tak mungkin aku lupakan dia. Mak selalu cerita, dulu waktu kami masih merah, mak berpantang, neneklah yang jaga kami, neneklah yang memandikan kami. Terima kasih yang tidak terhingga kerana bersama-sama mak abah membesarkan kami menjadi manusia berguna. Dulu, rumah nenek dengan rumah mak jaraknya lebih kurang 3km. Kadang-kadang, nenek berjalan kaki sahaja ke rumah mak abah. Walaupun panas, sanggup nenek berjalan kaki semata-mata untuk menghantar juadah yang dimasak khas untuk kami. Bila aku dah pandai bawa motor, aku ke rumah nenek yang lama, mengambil nenek setiap petang untuk dia tidur di rumah mak. Selepas sarapan nenek balik semula ke rumahnya berjalan kaki. Begitulah rutin nenek. Aku rindukan nenek. Bukan hanya aku, tapi aku tahu, mak dan kami semua rindukan keletah dan latahnya. Titipan ini aku buat kerana aku kangen samanya. Terlalu. Moga nenek diberi kesihatan yang baik. Insya Allah.    
Nenek-Emak

2 insan yang teramat kami sayang

Entah apa yang disembangkan dua beranak ni. 

2 comments:

  1. kenapa nenek ko dah tak duduk ngan mak ko sinar?
    tapi dia sihat lagi ekk... alhamdulilah...
    mak ko pon nampak sihat... :)

    ReplyDelete
  2. hari tu nenek aku tak sihat, so pakcik aku bwk blik kl...hmmm, alhamdulillah msih d bri kesihatan yg baik...

    ReplyDelete