Wednesday, March 2, 2011

Legend Hotel,KL

Balik dari pangkor kami singgah di Legend Hotel,KL ( 29 Mei 2010). Walaupun penat, tapi bila dah sampai kat hotel ni hilang terus. Kat sini boleh dapat diskaun untuk goverment staff. So, alhamdulillah..nasib aku bawak id kad aku.

kemain besar lagi Ecah ketawa.



 Aku paling suka tengok gambar kami atas katil ni.



Sampai kan dalam toilet pun anak buah aku bergambar. Haiii, anak sape ni??hehhehe

Malam tu kami naik train dari stesen PWTC ke Masjid Jamek. Jalan2 cari makan.

Macam biasalah. Budak2 tu punya fokus ke sinilah.




Sebelum balik, kami sarapan dulu. Sarapannya memang best! Kebanyakan yang stay kat sini foreigner. Hmmm, kalau yang jenis kuat makan untunglah. Boleh makan macam2 sampai betul2 kenyang. Kami semua perut saiz kecik je. Saiz 's'. Angah je yang besar sikit.hahahhha...jangan marah yer!...

Kami ke Pangkor

Kami ke pangkor tahun lepas, 28 Mei 2010. Aku tak  ingat kali yang ke berapa pergi ke pulau ni. Kami pergi   kali ni tak ramai, sebuah kereta je. Dua orang anak buah aku ni memang cukup suka berposing. Eh, terselit pulak si Angah kat belakang tu. Interframe je.

Kalau jadi photogrpher macam nilah. Gambar aku takde pun. Lain kali aku tak mau jadi si tukang amik gambar lagi.

Budak ni namanya Nazira. Sebelum ni aku ada ajak dia ke Pangkor tapi dia tak nak. Kali ni barulah dia mengekor kami.

Nasib baik ada pengganti tukang amik gambar. Ada gak gambar aku. 

Beratur2, jangan berebut naik feri.



Kami stay kat Coral bay. Apartment 3 bilik, lebih dari cukup!

Sementara tunggu check in, bebudak ni sempat posing kat lobi.

Apartment yang kami duduk ni luas. Kami pergi 6 orang je. Ada extra bilik lagi.

Tak tahan aku tengok pool dia. Kami beramai2 memeriahkan lagi dalam pool ni.

Pangkor terkenal dengan hasil laut. Kalau nak beli ikan bilis, kat sini harganya boleh tahanlah. Aku paling suka makan sotong gula. Favourite beb!

Masa nak balik semuanya keletihan. Ecah terlentuk dalam feri. Penat sangat dia! 

Tadddaaaa.....Mana lagi 2 orang anak buah aku ni?oooo, lupa sorang tukang amik gambar. sorang lagi merayap entah ke mana. Angah,pesal muka terkejut tu??

Aku dengan Ecah. Panas+penat+letih. Apapun, we are happy together-gether.

Kami ke Port Dickson

Kali ni rombongan family ke Port Dickson. Actually gambar ni tahun lepas. Kami pergi 8 Mei 2010. Kami stay kat apartment 3 bilik. Tak ingatlah kat mana apartment yang kami sewa. Angah turut sama dalam trip kali ni. Biasalah dia kan travelmate aku. So, ke mana2 kami tetap bersama. Insya allah, selamanya. 

Masa ni Damia tak pandai jalan lagi.

Siap bakul sekali yang diangkutnya.

Yang bawak bantal busuk pun ada. Haiii, anak sapelah tu..hehhehe

Ni anak kakak aku. Kami panggil dia, abang pendek.hehhehe...

Masa mula-mula sampai abang pendek tak mau masuk. Dia boleh menangis tak mau masuk. Baru sekarang terfikir agaknya dia takut. Uiks, dia ada nampak something ke??hehhehe

Lastly, abang pendek masuk jugak lepas dipujuk abangnya.

 Tengok tu, cuba kira berapa banyak selipar. Sape yang rajin kiralah.

2 orang tu kakak aku. Depa ni tak boleh jumpa banyak cerita rekaan mengarut yang keluar dari mulut. Terutama kakak aku yang baju hijau tu.

Anak buah kami yang pergi ke PD.

Ni sorang lagi kakak aku, Kak Idah. Dia cukup rajin. Nasib dia bawak bekal sebab waktu ni kami semua kebuluran. 

Nina in the house.

Aku puaslah edit brightness gambar ni. Hmmm, abang ipar aku ni memang hitam rupanya.hehhehe...

Cerita rekaan mengarut dah mula.

Abang pendek (baju merah) masih lagi takut-takut

Anak buah aku yang kebuluran.





Tiba aktiviti yang ditunggu2. Bila perut semua dah kenyang, anak buah aku termasuk mak bapak diaorang berendam dalam pool. Huh, dalam pool tu rasanya penuh anak buah kami jer. Hmmm, lantaklah. Mandilah korang sampai kecut dan puas2.

Siap makan2 lagi dalam pool...Aiiii, nasiblah life guardnya tak marah.


Aiza sorang je mandi dalam kolam kecik sebab dia penakut.

Kakak aku melayan anak2 dia.







Bila tengok semula gambar ni, dah macam dugong pulak anak buah kami. Hahhaha, janji happy. Hopefully next year dapat lagi sama2 spent together-gether. Insya allah.