Muka aku nampak cam penat je..tapi aku dah tak ingat kenapa muka aku camni...hehehehhe
Travelmate forever..hehhehe...yang ni aku ingat kenapa muka aku macam gini. Aku penat, kaki aku lenguh jalan jauh sebab nak naik kabel car. Penat-penat pun kena jalan gak, kalau merungut aku kena bebel dengan orang sebelah aku tu..hehhehe
Rumah tempat kami posing ni, rumah Mahsuri. Hmmmm, ramai betul yang datang nak tengok rumah ni. Walaupun rumah kayu tapi terjaga dengan baik. Budak paling kecik tu, Ecah second daughter Angah. Kalau ambik gambar dia jenis tak suka tengok kamera. Dia alergic dengan kamera!hehhehehheh
Air perigi mahsuri ni kata orang boleh cantikkan kulit. Ada sesape yang pernah minum, mandi atau sapu air ni kat muka?
AKu turun je dari rumah Mahsuri aku jumpa nyonya ni tengah putar getah skrap. hahahahahah....
Lastly lepas dah pusing-pusing pulau, kami bagi makan arnab yang kelaparan tahap gaban ni. Huh, abis semua carrot, semuanya kuat melantak. Walaupun kaki lenguh, aku pulak merungut-rungut penat, kami semua happy. So, bila next trip ke langkawi lagi ni? Angah, sila jawab soalan itu yer;)
No comments:
Post a Comment