Saturday, February 19, 2011

Kami jalan ke Kuching

Kali ni trip kami ke Kuching!meowwww....hehhehehe. Sebenarnya ni kali kedua aku ke Kuching. Kali pertama aku dengan Angah je ke sana. Maklumlah, sebelum buat trip ni kami pegi survey dulu. Aku, Angah, anak buah kami dan tidak lupa bonda Angah turut sama dalam trip kali ni. Trip ni waktu cuti sekolah tahun lepas. Hari terakhir persekolahan tahun 2010, kami berangkat ke sana. Seronoknya anak buah kami dapat naik kapal terbang. Yeahhh, masing-masing menghitung hari nak pergi trip ni.
Aik, 5 orang je? Mana pulak pegi 3 orang lagi anak buah kami? Seronok mereka dapat naik kapal terbang. Aku dulu kecik-kecik tak pernah merasa macam depa. So, bak kata Angah biarlah mereka merasa pengalaman baru.







Puas kami cari, rupanya dia dah naik atas kapal dulu. Huhhuhu, tak sabar ye! Hmmm, ni mesti mengikut seseorang. Dia ikut perangai sape ni? Sila jawab Angah?hehehhe.....
Masing-masing berdebar-debar. Maklumlah Aziah first time naik kapal. Aku risau jugak. Manalah tahu kalau-kalau si Aziah ni mabuk ke apa. Nasib baik dia ok. So, ini merupakan pengalaman barulah bagi si Aziah.
















Akhirnya sampai kat Kuching. 7 orang rupanya bebudak ni. Aku salah kira rupanya. Anak sapelah yang aku kira agaknya. hehehheeh....Sampai je kami terus ambik teksi terus pergi ke hotel. Letih gak badan sebab kami sampai agak lewat sebabnya biasalah dari KL, flight delay. So, faham-faham jelah.
Shopping time!!. Sepanjang di Kuching, 2 kali kami ke Serikin. Serikin ni sempadan Malaysia-Indonesia, Puntianak!! Peniaga kat Serikin ni kebanyakannya dari sana. Nama tempatnya pun dah memang hantu, peniaga kat situ cakap dulu memang banyak kuntilanak dan sebab tu namanya macam gitu.
Bonda Angah bersedia menghabiskan duit membeli-belah di Serikin.
Aku, bonda Angah, Ecah & adik bongsu Angah, Usin. 
Perasan tak? Baju Ecah berbeza dengan gambar kat atas tu? Gambar atas Ecah pakai tshirt belang-belang dengan topi, gambar ni pulak baju kuning. Kat sinilah peristiwa Ecah jatuh sungai. Belakang kedai-kedai di kawasan Serikin ni ada sungai, entah macam mana, tersalah langkah si Ecah ni terjatuh dalam sungai. Kami punyalah terkejut. Nasib baik sungainya tak dalam & nasib baik jugak dalam sungai tu takde benda-benda tajam. Alhamdulillah. Syukur kepadaNYA. Ecah, next time beware ye. Minta perhatian pada Angah jugak yer...hehheheh..
7 orang anak buah kami jadi model langsir kat Serikin. Ecah masih terkejut tu, nasib baik dia nak bergambar dengan yang lain-lain. Tu pun kena paksa bergambar.Tengok, mana ada dia pandang kamera. Dia alergic, hehhehe....


Aziah & Nana. Aziah ni anak buah kami yang cukup suka gelak. Kami tergelak sebab dengar dia punya gelak. Nana pulak, jenis yang pendiam. Kalau dengan kawan-kawan dia tak tahulah aku sama ada dia pendiam atau kuat bercakap sama macam Aziah.
Lepas kami beli ikan terubuk di Pasar Satok, entah macam mana kami tersalah masuk lorong. Nak tukar lorong punya pasal, akhirnya berlakulah peristiwa ni. Huhhuhhu, accident! Semua terperanjat. Apa nak kata, perkara dah terjadi, harung jelah. Next time, tuan drebar kena pandu ikut lorong. Takpe, pengajaran!
Cakkkk!! Malam sebelum kami balik, sempatlah bebudak ni semua main musical chair. Aku pun join sama. hehhehe....tapi as a photographer jelah;). Happy, enjoy je semua walaupun siang tu kami berkampung di balai polis menguruskan kereta di atas tu.
Time to go back. Next time ikut kami jalan-jalan lagi yer.





  

No comments:

Post a Comment