Budak-budak kalau jumpa air memang macam ni. Bukan kata budak-budak aje, mak budak pun boleh jadi lain macam bila dah tengok air macam ni. Gambar ni, zaman kami ke Genting. Rasanya tahun lepas atau 2 tahun lepas. Aku pun dah tak ingat sangat. 4 orang anak buah aku ni memang pantang jumpa air.
Dah macam penguin anak buah kami yang ni. Aiza sekarang dah 6 tahun tapi saiz dia macam budak 4 tahun. Kemetot budak ni. Dalam keluarga kami takde pulak yang kecik macam ni. Dia pun rajin ikut aku berjalan macam adik dia, Damia. Masa ni, Damia masih lagi dalam perut mak dia ;)
Sebelah Aiza tu, Nana. Masa kami masuk dalam umah salji, dia menangis tak tahan sejuk. Kena pulak baling dengan salji, lagilah dia menangis. Cesss, tak tahan sejuk rupanya. Kalau tahu awal-awal, gerenti kena tinggal dek kami.
Tadaaaaa. Inilah K.A.M.I. Rombongan cik kiah ke Genting Highlands. Huhhuhhu....Tahun ni, kami plan nak ke sana lagi. Hari tu, plan nak naik ke sana, tapi dek kerana kemalangan bas kat Genting, kami jadi kecut perut. Tapi, kalau kemalangan kat mana-mana pun boleh berlaku. Betul tak? Jadi, ke mana sahaja kami jalan-jalan, kenalah sentiasa berhati-hati. K.A.M.I nak jalan-jalan lagi nanti. Nak ikut? Jom ;)
No comments:
Post a Comment