Monday, February 28, 2011

Trip ke Bandung

Tahun lepas aku berpeluang mengikut Angah ke Bandung. Yepppeee....syoknya sebab 1st time ke Bandung. kiranya ni adalah trip sekolah Angah jadi as usual aku adalah pengikut yang setia.
Jejak je kaki di tanah Bandung, perut semua kebulur. Alhamdulillah, makanannya boleh di terima tekak aku. Hingga menjilat jari. Yummmmyyyy....
Aiks mana gambar aku? Semua orang dalam kekenyangan sebenarnya ni.
Kat restoran nilah kami makan. Best jugak makanannya. Masakan padang! Tak banyak beza dengan makanan kat negara kita. Ada pucuk ubi lagi. Sambal ijau nya sedap! rasa macam sambal goreng tapi guna cili hijau, tu jer bezanya.
Tergelak aku tengok menu kat restoran ni. hehhehhe....Mie Tek-Tek. Cessss, takde ke nama lain.
We love Holland! Dah amik gambar baru perasan semua baju oren. Langsung tak janji.! Gambar ni masa kami lepak tunggu yang lain yang tengah busy shopping. Bandung syurga shopping! percayalah!

Kat sinilah kami stay. Guest House. Cantik tempatnya.Aman tenteram.
Jutawan Rupiah!!
Sebelum sarapan sempatlah kami bergambar.
Baso Malang Karapitan. Tekak aku tak berapa nak terima makanan kat sini. Kalau kat negara kita Bakso, sini baso!
Pagi-pagi lagi bila kami keluar je dari guest house penuh dah peniaga2 tunggu kami kat depan pagar. Ada informer yang bagi tahu depa orang Malaysia menginap di sini. So, peniaga2 ni ambil peluanglah. Tshirt pun memang sangat2 murah, tapi kualiti kureng lah!
Sepanjang trip kami ke Bandung, Angah kat sini pegang macam2 tugas. Antaranya tu lah. Tukang angkat beg!
Bestttt.....Nak pegi Bandung lagi. Jom Angah! Bila second trip kita lagi nih????
Kami singgah pasar pagi sebelum ke airport. Barang memang murahhhhhhhhh sangat2. Tapi kena pandai pilihlah sebab barang made from....., kurenglah kualitinya.                                                                





Ini sebahagian je yang sama2 dalam trip kali ni. Gambar kat airport, tunggu nak balik. Frust gak sebab kami tak sempat nak ke Tangkuban Perahu.Huhhhuuhu, memang kena pegi semula ke sana. Bila tu Angah??Jawabbb.....

Monday, February 21, 2011

Kuching 1st Trip

Trip pertama ke Kuching ni pada bulan April seingat aku. Tahun rasanya? 2010 kalau tak silap aku. Aku dengan Angah je yang pergi. Kali kedua barulah kami bawak anak buah kami. Gambar dalam sampan ni masa kami nak pergi ke kilang kek lapis Dayang Salhah.







Tu dia. Sampan kecil ni sampai malam beroperasi. Tambangnya kalau tak silap aku dalam 70 sen. Ye ke Angah? Tak ingatlah...











Sempat lagi dia buat promotion kek...Kat sini paling banyak sekali orang yang rasa kek.....adalah.....orang yang pegang kek tu lah!!hehehehe......






Promosi untuk kek lapis Dayang Salhah. Kat sini ramai artis Malaysia yang datang beli kek lapis. Kalau beli kat sini, pekerja kilang ni siap pack untuk kita sekali, foc! Kat sini jugak kalau nak rasa kek sampai kenyang pun takpe.

















Gambar ni di ambil masa hari kedua kami di kuching. Pagi-pagi lagi, kami keluar nak cari sarapan. Kedai kat tepi sungai ni buka dalam pukul 10 pagi. Jadi sementara nak tunggu kedai makan buka, aku pun posinglah.






Kemudian, kami ke kampung Budaya Sarawak. Kalau di Melaka ada Mini Malaysia. Konsepnya sama je. Rumah-rumah suku kaum terbesar di Sarawak.










Tu orang Iban depan rumah dia. Eh, silaplah! Angah posing depan rumah dia!hehheheh....












Sebelum kami pusing-pusing dalam Kampung Budaya ni, kami tengok live performing tarian suku kaum terbesar di Sarawak. Ramai foreigner je dalam hall ni.








Ni paling handal sekali menyumpit. Aku tak ingatlah yang ni dari suku kaum apa. Apa yang paling aku ingat, aku jumpa dia ni kat luar. Then dia cerita, katak adalah daging yang paling sedap sekali..hehehhehe.....







Angah bila berposing jadi macam nilah. Macam orang tergeliat urat pinggang..hehheheh....

















Best! Nak pergi lagi kat sini. Bila tu? Insya allah, pasti satu hari nanti.











Meniti titian buluh untuk pusing-pusing tengok rumah dalam Kampung Budaya. Nasib titian tu tak patah masa Angah lalu atasnya..hehhehe....


















Aku takut nak lalu atas titian ni sebenarnya. Takut patah je! Ramai yang meniti masa tu. Nasiblah aku ringan..heeheh...









Adventure betullah...tadi lalu titian buluh lepas tu turun tangga yang sebesar tu je....
























Melepas lelah di buaian yang letaknya di bawah rumah. Teringat lagu Buai laju-laju. Apa dalam baju, seekor katak puru.Hehheehe.....
















Patut aku rasa buai ni terjongket semacam. Ada pemberat rupanya!!hahahhahah....





















Cantikkan corak belakang tu..Suka sangat-sangat!!










Lepas habis jelajah Kampung Budaya, kami ke Muzium Kuching. Hmmmm, dah macam ibu kucing pulak!hahhahha....


















Kucing gergasi yang gemokkkkk!!!hehhehe....Dalam muzium ni, semuanya tentang kucing. Kucing itulah, inilah...hikayat kucinglah...Dari A to Z kita boleh tahu tentang kucing. So, lepas ni sesape yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut pasal kucing bolehlah datang ke sini. Oklah, nanti kami cerita lagi. Jom ikut kami jalan-jalan lagi;).

Sunday, February 20, 2011

Go Genting!

Kami ke Genting pada hujung tahun lepas. Kali ni aku  mengekor keluarga Angah lagi, hmmm, memang pengikut yang setia. Gambar ni kami ambik sebelum masuk theme park. Huhhhu, seronoknya. Aku pun tak ingat berapa kali aku dah sampai sini. Apapun di sini memang kota keriangan!!

Semua tengah survey, yang mana satu nak naik dulu.
Holahhhh, aku paling suka naik benda ni!!yepeeeee.....


Muka Ecah nampak lainkan? Kenapa dengan dia? Angah sila jawab!hehheheh....like mother, like daughter...eh betul ke ayat tu? hentam sajalah....hahahhah... Yasmin relax je..sempat lagi dia ejek kat mak ayah dia..hehehhe




Relax je muka anak dara kak Ea ni. Dalam hati tak tahulah macam mana. Adakah sama macam umi dia??Hanya umi dia yang boleh jawab soalan aku. hheheheh....

Jalan macam ni pun ramai jugak yang naik ke Genting. Sebab apa agaknya?
Bagi aku sebab yang ni pun ye jugak. Cantiknya. Subhanallah. DIA maha pencipta.





Damia mandi laut

Masih lagi cerita si kecik ni, Damia. Pijak pasir pun geli pada mulanya lah. Lepas tu tak ingat nak naik ke darat.














Eeeeeeeeee sukanya dia. Bila dah start kaki Damia kena air laut, barulah dia tahu macam mana seronoknya mandi laut. Damia lebih berani dari kakak dia yang berbaju kurung tu.















Bila aku gelak tengok dia main air, sempat si Damia ni jeling kat aku sampai melopong-lopong  dia. Mulut Damia memang selalu macam ni, kalau ada orang yang tegur barulah dia senyum dan tutup mulut dia yang melopong tu. Damia minah lopong!!hehhehehe....













Makin lama makin si Damia ni mencecah kakinya ke air. Makin seronoklah dia. Hmmm, betul-betul keturunan laut ni. hehhehehhe....












Lastly masuk Damia dalam air laut tu. Tak tahan dia tengok kakak dia je yang berendam.
Kami ke laut pepagi sebab sebenarnya adalah nak tengok abah, adik dan abang ipar aku turun mencari ikan. Abah masih kuat lagi mengayuh botnya. Masa ni enjin abah bermasalah sikit jadi kenalah abah mengayuh sekejap. Sepatutnya orang muda yang mengayuh tapi sebab abah yang beriya so dialah yang akhirnya lepak kepenatan.