Saturday, May 12, 2012

Misi Gunung Kinabalu

geng-geng panjat ekspedisi menawan kinabalu seramai 17 orang dari pelbagai lapisan umur..hehehe.. masa ni tengah tunggu permit dari kinabalu park. cuaca sangat sejuk kat sini. masa aku dan geng-geng lain sampai sini, hari hujan. so bila bercakap keluar asap gitew..hehehe...


sesi bergambar sesampainya kami di mesilau resort. sangat sejuk kat sini. masing-masing maintain bergambar. dr chu still maintain. aku punya jari tangan dah kebas-kebas masa ni. sejuk wooo... 

really enjoy this moment. huhuhu, aku pun tak sangka macam mana boleh terjebak dalam ekspedisi panjat memanjat ni. apapun big thank you kat angah sebab menarik aku hingga terjebak dalam aktiviti lasak ini. kalau tak, aku tak kenal depa yang sporting moting ni dan tak dapat tengok pemandangan yang terindahhhh dari gunung kinabalu.

ekspedisi akan bermula. kami akan melalui mesilau trail. lagi jauh dari timpohon trail. 8km kalau tak silap aku dari mesilau ke laban rata. kalau dari timpohon trail ke laban rata jauhnya 6km. tapi menurut otai gunung, kalau ikut mesilau, pemandangan sangat cantik.  

half way menuju ke laban rata. lepas bergambar ni, masing-masing dah terpisah. ada yang sampai di laban rata awal, ada yang lewat.hehhe..

chaiyokkkk... salute lah angah. 4 series baru ada impian mendaki. layankan ajer. apapun big thanks lah sebab menjebakkan diri i yer. 

sepanjang melalui mesilau, memang pemandangan sangat cantik. cantiknnyaaaaa.. begitu indah ciptaanNya. dengan cuaca yang nyaman. memang santai. sambil mendaki sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik. 

nyaman, sejuk, dingin..apa lagi ek? tapi memang sangat cantik. tak terasa lenguh kaki berjalan. tapi jangan jumpa tangga lah..huhuhu..memang banyak tangga. jadi sesiapa yang berhajat ke gunung kinabalu buat latihan panjat tangga batu caves yer. memang latihan kaki yang terbaikkklah..so many tanggaaaaa....longgar kepala lutut aku.huhuuhu.

antara tangga-tangga yang ku daki. hadoiiii aiii.. masa ni lepas dari simpang antara timpohon & mesilau. jangan salah jalan. ada orang yang pilih salah jalan dan terus ke timpohon. alamatnya tak jumpa lah laban rata. huhuhuhu. selepas simpang ini, adalah yang sangat mencabar sekali. masa ni juga, dah sejuk. sila pakai baju sejuk anda yer.

guide kami yang ala-ala politician. huhuhu. sangat pantas. kadang-kadang rasa aku dah jalan laju, tapi dia dapat gak potong kami. huhuhu. selamba jer dia angkat beg kami yang berat. kalau nak gunakan khidmat porter ( angkat barang kita), beg kita tu akan ditimbang dulu. kalau dari mesilau, 1kg=rm10. so, memang sediakan duit jelah yer. hah, apa lagi, bayau jelah.

sesampainya di laban rata. Subhanallah. sangat cantikkkkkk. tak boleh di terangkan dengan perkataan. hanya orang yang mengalaminya sendiri yang akan faham betapa indahnya ciptaanNya. 

aku, angah, kak marina & abg asri. hanya di sini. nanti kita try lagi yer kalau ada kesempatan. insya allah kalau di izinkanNya. aku memang tak tahan sejuk. baju dah tebal, glove pun dah tebal tapi aku rasa tangan aku dah kebas.huhuhu.. perjalanan menuju ke puncak adalah seawal 2-3 pagi. kena ada lampu dan pakaian yang sesuai yer. nak ke puncak kita kena ikut laluan tali.huhuhu, sangat mencabar dan menyeramkan. kepada sesiapa yang gayat-gayat tu, tak payahlah berani nak mencuba. huhuhuhu, aku pun tetiba jadi gayat. 

inilah K.A.M.I....insya allah, panjang umur, di izinkanNya aku nak cuba lagi. kali kedua jika ada peluang, aku akan pastikan sampai ke puncak. InsyaAllah. 








Monday, April 9, 2012

we are F.R.I.E.N.D.S

Assalammmm semuaaa.... depa ni semua coursemate aku di uitm kampus intec shah alam. dah masuk 2 tahun setengah aku further study dalam art in education ni. gambar ni ambik selepas lecture kalau tak silap aku.hehhehe..nasib baik dapat lecture yang sempoi dan sangat baik hati. thanks sangat-sangat yer prof shukor. prof memang terbaikkk lah.

prof kami ni, kalau semester 2 & 3 dulu sebelum & selepas kelas akan ada sesi menjamu selera. ada yang bawak potluck, prof tukang buat air. sangat baik hati woooo...

masa ni aku dan kitaorang yang lain celebrate birthday ayu ( berbaju polkadot) ni di papa rich shah alam. hmm, terima kasih kat zura kerana telah membelanja kami di sini. moga murah rezeki & belanjalah lagi.hehheh...

Sunday, April 8, 2012

Jelajah Gunung Tok Wan

Girl powerrrr... insya allah, inilah geng panjat yang akan menawan puncak kinabalu. depa ini kebanyakannya geng kayuh. aku kalau setakat nak kayuh dalam kampung je boleh lah..hehehe..apapun diaorang memang best dan sporting. terima kasih yer kakak-kakak kayuh yang sudi kenal dengan den ni hah. 

jelajah tok wan ni sebenarnya adalah latihan kaki yang ke 3, beberapa hari je lagi sebelum berangkat ke kinabalu. alhamdullilah sempatlah aku dengan angah join. memang depa plan panjat tok wan ni dan buat bbq. terima kasihlah kat kak marina dan yang lain-lain sebab sponser kami makan di puncak tok wan. aku dengan angah bawak epal jer sebagai tambahan pada yang lain.

kak marina & abang asri as chef today. terima kasih kak marina & abang polis..hehehe...

masing-masing tengah membakar...kita bakar, bakar..sedap ayam tu. 

ntah pesal muka aku sedih jer. hmmm, masa ni tengah fikir kot, macam mana aku nak turun dari gunung tok wan ni. actually, kalau sesiapa yang dah biasa naik broga, lepas broga akan jumpa trail ke gunung tok wan. lepas puncak broga jumpa lah susur ke tok wan. 

Saturday, April 7, 2012

Broga Hill oiiii...

Tadddaaaa...cantikkan ciptaanNya. Damai sungguh hati, tenang, sejuk. macam-macam lah ada dallam hati bila dah sampai puncak. hijau jer. suka, suka,suka,suka. ni antara latihan awal aku menguatkan kaki. aku dengan angah jer yang pegi. ni merupakan first time lah mendaki broga ni. sebelum mendaki, kami singgah di pekan semenyih untuk breakfast. roti telur, telur suku masak, milo panas..perghhh...masa nak mendaki broga, punyalah penuh rasa perut aku.huhuhu..len kali before nak naik bukit or gunung mana pun perut jangan penuh sangat yer. petua dari otai-otai gunung...hehhehe...

punyalah ramai manusia yang panjat broga. huhuhu..jammed sampai atas. yang turun satu, yang  naik pun ramai. kena bagi laluan lah. kita 1 malaysia kena toleransi yer. ok bebeh..hehhe

masa ni kitaorang baru sampai. ramai jugak yang dah turun. dah panas. nak panjat broga kena pepagi baru best. sejuk dan nyaman gitew.

tadaaaa...akulah tu. dok atas batu belah batu bertangkup dengan penuh aksi stunt nya.hehhehe...tinggi wooo batu tu. walaupun kaki aku saiz 4 & kadang-kadang saiz 3 1/2 tapi alhamdulillah, Dia bagi aku kekuatan dan keupayaan untuk melihat ciptaanNya. Terima kasih Tuhanku.

maintain lagi beb bergambar walaupun, mintak nyawaaaa...hahahha..angah are you ok? kena salute dengan angah sebab dah 4 series tapi masih kuat kakinya memanjat. next time kita membroga lagi yer. latihan menguatkan kaki untuk sesi yang pertama. lepas ni, nextttt... 

Thursday, March 22, 2012

KESIBUKAN TERLAMPAU

Assalamualaikum.... lama sangat dah tak update blog ni. Terlampau sibuk pun yer jugak, sampaikan takde masa nak update.huhuhu. Perancangan untuk tahun 2012 ni terlalu banyak. Antaranya adalah aktiviti mencabar kaki. Bermulanya dari visit yg pertama:
cantikkan view ni...lawatan pertama ke sini. tak ingat tahun bila. kemudian di ikuti pula visit yg kedua :

visit yg kedua bergambar kat laluan nye jer. yg ni ingatlah sebab kat gmbr ada tarikh :) Di ikuti pula dengan visit yang ke 3 di negeri bawah bayu ni.

visit yang ke 3 yang menyebabkan tercetusnya idea pada aktiviti menguatkan kaki :) dan lagiiiii....

Taraaaaaaa.....insya allah antara plan terdekat adalah mendaki  gunung kinabalu. Tapi antara aku dan angah sahaja. moga-moga apa yang dirancang menjadilah hendaknya.



Thursday, February 2, 2012

Jalan Petaling woooo..


lama aku tak pegi sini. zaman study dulu suka sangat lalu sini dari stesen pasar seni nak ke pudu raya. lalu sekadar menjamu mata. tengok-tengok barang n tengok cina yangg meniaga kat sini yang macam ala-ala bonser..huhuhu...dulu kalau tak nak beli barang, janganlah gatal-gatal mulut dok tanya pasal harga. kalau tak beli matilah kena maki. tapi tu dulu, sekarang jalan petaling lebih bersih. nilai-nilai murni gitew.hehehe.. ini semua our PM lancarkan konsep 1 malaysia, kempen budi bahasa, so peniaga kat sini terinfluence dengan kempen tuh. alhamdulillah at least tak lah ada kes macam dulu.kannnnn...apa pun, malaysia tanah air ku..apa daaa...menyimpang dah ni..eh betul lah kan. malaysia memang kaya dengan budi pekertinya. rakyat sopan-santun yang paling penting kaya dengan adat resam. i love malaysia :)

Monday, January 2, 2012

Permulaan 2012

Penghujung 2011, permulaan 2012. Family trip angah so mcm biasa aku menyelit dgn beberapa orang anak buah aku. Nabilah, Fatin, & Nazira. Kami berkonvoi dari KL ke Singapore. stay kat homestay yg dekat dgn tuas 2nd link. hmm, seronok gaks..mcm2 ragam.

Antara ahli2 rombongan mak jemah with kungfu panda..hehhehe...