Friday, March 4, 2011

Kebun Pisang

Petang tadi aku menjenguk ke kebun. Terperanjat aku sebab pokok pisang yang kecik dulu dah tinggi. Lama betul aku tak ke kebun. Kebun pisang ni diusahakan oleh abang, mak, adik, & abah aku. Paling rajin ke kebun tentunya mak dan abah aku. Walaupun dah tua, tapi mereka berdua tak pernah rasa jemu ke sini. Dilahirkan dari keluarga yang memang bertani jadi mereka berdua memang tak tahu erti penat. Kebun menjadi rutin mak abah aku.   


Pokok2 pisang ni tak lama lagi akan mengeluarkan hasil. Aku pasti bila dah berbuah nanti, abah dan mak orang yang paling puas hati.

Di tepi tanah itu, abah dan mak ada tanam sedikit ubi. Kalau dulu ubi kayu adalah sarapan kami sebelum ke sekolah. Ubi rebus+kelapa gula+kopi o..huh, memang kecur, sampai sekarang kami dapat menikmati hidangan tersebut. Hari ni, aku membantu abang ipar aku mencabut ubi kerana ada orang yang membuat tapai ubi nak beli sebanyak 15kg. Jadi, aku bantu apa yang terdaya.


Daun ubi yang ditebang oleh abang ipar aku, aku campak ke arah lembu2 ni. Lembu2 ni adalah ternakan abang aku sendiri. Dah banyak rupanya lembu2 abang aku. Dulu masa mula2 hanya ada 3 ekor sekarang dah hampir 20 ekor. Hmmm, banyak jugak tu.



Pelahap jugak lembu ni. Habis sampai batang2 pokok ubi ni pun lembu2 ni kunyah.

Si Pungut kena buang

Aku namakan kucing ni Pungut sebab aku pungutnya di pasar. Waktu aku pungut, kucing ni kecik lagi.Kadang2 bila malam si pungut ni merayap masuk ke dalam bilik aku tido atas katil aku. 

Kalau dah tido kucing ni macam manusia pun ada. 


Lepas aku buang si pungut ni, sampai aku termimpi2 dia balik semula. Kadang2 aku harap sangat si pungut dapat cari jalan pulang ke rumah aku. sedih pulak bila mengenangkan si pungut dah ku buang. Tapi bila memikirkan semula yang si pungut ni suka kencing merata, ku pujuk hati aku. Terdengar2 telinga aku bila si pungut mengiau2. Huhuhhu, rindu pada si pungut.

Wednesday, March 2, 2011

Legend Water Chalet, PD

Cakkk, Damia tergezut tengok air laut. Kali ni kami ke Legend Water Chalet di PD. Gambar last year jugak 
(10 Julai 2010). Kami pergi pun tak ramai. Sebelum ni aku dengan Angah pernah stay kat sini tapi bukan kat chalet. Dulu kami stay kat hotel room jer.

Petang2 kami memancing dari tepi chalet yang kami stay. Besar senyum abang ipar aku, Abang Sham dapat ikan. Huhhhuh, ikan ciput jer. Lepaskan baliklah ikan macam tu. 

Eleh, Angah eksen je tu pegang joran tu. Dia bukannya tahu baling pun. Hahhaha...

Aku jugak yang teror!Hahahhaa...Tak dapat apa pun aku pancing!Kata Angah, aku takde bau hanyir sebab tu ikan tak dapat.

Poyo je Nazira memancing. Angah kat sebelah tu tengah tunggu turn nak pegang je.Hehehheheh.

Separuh memancing, separuh lagi sibuk kayuh basikal.



Aku dan Angah pun tak lepaskan peluang mengayuh basikal. Semput beb! Dah lama tak kayuh basikal.



Antara anak buah aku yang sama join ke PD kali ni.

Kakak aku yang suka mereka cipta cerita. Kak Gee, Damia, Jiah & Aziah.

Aku ingatkan tiang lampu, rupa2 kakak aku!hahahah...Kak Aya tengah posing dengan tiang lampu. Dia memang kurus macam lidi dari dulu lagi. Makan segantang pun badan tetap maintain. 


Beriya Nazira pasang umpan. Penontonnya pula kemain ramai.

Damia dengan action yang sama; melopong!hahahah...


Bangun tido, kalau hari2 tengok view macam ni best kan...aman jer...

Jom intai orang depan kita.hehehheh

Best kat sini. Tenang, aman, harmoni.....next trip ke sini lagi pun ok kan Angah?hehhehe....

Legend Hotel,KL

Balik dari pangkor kami singgah di Legend Hotel,KL ( 29 Mei 2010). Walaupun penat, tapi bila dah sampai kat hotel ni hilang terus. Kat sini boleh dapat diskaun untuk goverment staff. So, alhamdulillah..nasib aku bawak id kad aku.

kemain besar lagi Ecah ketawa.



 Aku paling suka tengok gambar kami atas katil ni.



Sampai kan dalam toilet pun anak buah aku bergambar. Haiii, anak sape ni??hehhehe

Malam tu kami naik train dari stesen PWTC ke Masjid Jamek. Jalan2 cari makan.

Macam biasalah. Budak2 tu punya fokus ke sinilah.




Sebelum balik, kami sarapan dulu. Sarapannya memang best! Kebanyakan yang stay kat sini foreigner. Hmmm, kalau yang jenis kuat makan untunglah. Boleh makan macam2 sampai betul2 kenyang. Kami semua perut saiz kecik je. Saiz 's'. Angah je yang besar sikit.hahahhha...jangan marah yer!...

Kami ke Pangkor

Kami ke pangkor tahun lepas, 28 Mei 2010. Aku tak  ingat kali yang ke berapa pergi ke pulau ni. Kami pergi   kali ni tak ramai, sebuah kereta je. Dua orang anak buah aku ni memang cukup suka berposing. Eh, terselit pulak si Angah kat belakang tu. Interframe je.

Kalau jadi photogrpher macam nilah. Gambar aku takde pun. Lain kali aku tak mau jadi si tukang amik gambar lagi.

Budak ni namanya Nazira. Sebelum ni aku ada ajak dia ke Pangkor tapi dia tak nak. Kali ni barulah dia mengekor kami.

Nasib baik ada pengganti tukang amik gambar. Ada gak gambar aku. 

Beratur2, jangan berebut naik feri.



Kami stay kat Coral bay. Apartment 3 bilik, lebih dari cukup!

Sementara tunggu check in, bebudak ni sempat posing kat lobi.

Apartment yang kami duduk ni luas. Kami pergi 6 orang je. Ada extra bilik lagi.

Tak tahan aku tengok pool dia. Kami beramai2 memeriahkan lagi dalam pool ni.

Pangkor terkenal dengan hasil laut. Kalau nak beli ikan bilis, kat sini harganya boleh tahanlah. Aku paling suka makan sotong gula. Favourite beb!

Masa nak balik semuanya keletihan. Ecah terlentuk dalam feri. Penat sangat dia! 

Tadddaaaa.....Mana lagi 2 orang anak buah aku ni?oooo, lupa sorang tukang amik gambar. sorang lagi merayap entah ke mana. Angah,pesal muka terkejut tu??

Aku dengan Ecah. Panas+penat+letih. Apapun, we are happy together-gether.