Showing posts with label vietnam. Show all posts
Showing posts with label vietnam. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

Terjah Ho Chi Minh Malam Terakhir

Seperti biasa rutin kami lepas sarapan mesti akan menjenguk ke pasar Benh Thanh. Nak cari kasut sukan plak. Kami sampai kat kedai tu baru nak mula buka. Orang kata kalau nak rege betul2 murah, rege pecah telo katanya datang la pepagi masa depa baru nak mula niaga. Kalau udah tengah hari datang mmg payah ler nak dapat rege yang murah der.. hihihi so kami pon pergi ler terjah kedai2 yang menjual kasut sukan budak2. Muke tokeh kedai pun macam muka orang tak mandi..hahaha sempat lagi mengutuk..

amoi jual kasut..yg ni ok lagi, bole ler tawar lg dgn dia

kunun2 ambik hatilah tu..lepas beli ambik gambar..hahahaha

pegang jer..tak beli pun kasut tu..hahahha


Hari ni kami terjah amik teksi Vinasun nak pergi China Town. Brani brani takut jer kami naik teksi nak ke sana. Memang keje gile trip kali nih main terjah jer.Tambang dalam usd8. Kami pergi pasar jugak tapi pasar yang menjual secara borong. Kain ela kat sini mmg lebih murah dari Benh Thant ngko. Masing2 dah buat muke cuak sbb dah beli kain kat benh thanh. Nak buat camner nasi udah jadi bubur.. Redho jer la mak, nyah.. Dah puas ronda2 kat sana kami pon balik hotel.

nilah rupanya China Town..namanya lain..bacalah sendiri yer...




barang-barang kat sini jauh lebih murah der

penjual kain yg hensem...lain kali beli kain dari dia..mulahhhhh ooo


Nak jadi citer hari ketiga ni kami merasa ler naik bas awam depa.. manusia jangan cakap ler ramainya ya ampunnn.. Citernya bermula mcm ni.. Masa kami jalan2 petang tu terjumpa ngn sorang pakcik org kemboja yang meniaga kat sini. Dia bw kami pergi kilang jual telekung murah dan janji akan hantar balik kami kat hotel. Kami pun ikut jer ler.. Masa pegi tu naik teksi dan dia bayarkan duit teksi. kami beli ler jg telekung 5  pasang. Balik dr kilang tu dia kata  naik bas jer sebab murah sket.. Kami cuak juga memula tapi buat-buat berani jer nih.. almaklumlah trip terjah katanya.. hahaha amekawww.. Nasib baik semuanya berjalan lancar..

Malam ni malam terakhir kami kat Ho Chi Minh. So kena packing la semua barang yang dah dibeli tuk bw balik.. Punya la berat beg masing2. Yelah kain ela berpasang2 masa beli xhenggat2!! telekung lagi, kasut sukan dan barang-barang yang lain.. huhuhu masing-masing cuak takot terlebih berat. Tawakkal jer ar..


Pagi esok tiba la time nak check out. Pegi bekpes dulu apa-apa hal pon.. Hajat ati nak melawat benh thanh tu lagi tapi bile fikir beg dh penuh kansel der.. Dah selesai bekpes naik balik hotel nak check out lak. Sampai kat lobby terus tuju timbang yang memang disediakan. Fuhhhhhh lega der  beg tak lebih muatan.. Baru masing-masing senyum lebar.. bukan apa kalau lbh muatan beg nak kena bayar cukai tu yang tak bes. Flight kami kol 130 ptg waktu Ho Chi Minh. So kol 10.30 kami dh gerak ke airport. Teksi memang sangat mudah dapat kt depan hotel tu.







Thursday, April 18, 2013

Terjah Ho Chi Minh

Assalamualaikum semua..

Hmmmm lama dah KAMI tidak menjenguk dan berceloteh dalam blog ni.. Almaklum laa masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Tambahan lagi sorang lagi admin Kami sibuk menyiapkan tesis masternya.. Jangan marah nyah walaupun sibuk mengalahkan perdana menteri xtvt melancong ni tetap ON hokehh...

Untuk xtvt kali ini Kami pergi berdua je.. Jangan xtahu kami main terjah jer.. kunun2nya sempena besday admin ler.. rancang pun terkujat-terkujat jer.. Bila merancang terkujat tambang flight pun terkujat ler jgk.. Rabak poket dek non oiii  tapi mak redho je  sbb nak berjalan nya pasal..hihiihi..Trip kali ni kami pergi 4h3m.

Kami ambil flight  AirAsia kol 7.20 malam waktu Malaysia dan sampai kat HO CHI MINH lbh kurang kol 8.45 malam waktu tempatan. Untuk pengetahuan korang waktu kat Vietnam lewat sejam dari waktu kat Malaysia.. Sampai kat airport xde masalah cuma KAMI nak bagitau pepandai ler korang cari teksi yang murah nak  ke hotel. Korang cari teksi VINASUN sbb harganya lebih murah berbanding dengan teksi-teksi yang lain. Harga lebih kurang USD 5-8 kalau lebih pada tu mmg mahal ler.. Semua teksi kat sini bermeter dan siap ngan mesin kad kredit hokehhhh. Boleh swap jer kalau tak de tunai. Khelas nko kak Ton. Yang bestnya pemandu teksi mmg peramah tapi bercakap serupa ayam ngn kucing ar.. Kami tanya lain dia jawab lain hadoiii so pepaham la sendiri. Last-last kami tergelak sama-sama..

Kat Ho Chi Minh kami lepak kat hotel Thanh Thu ye sebut betul2 bukan Hanh Thu hokeh.. Daripada 5 bintang kami bagi 3.5 bintang. Wifi memang laju giler dalam bilik pon dapat. Free lak tu.. Cuma kami ambil bilik yang takde tingkap tapi memang ok sgt2 tuk backpackers mcm kami. Selesai jer urusan kat hotel kami terus keluar tuk cari makanan halal. Kat sini malamnya hidup macam kat key el jugek. Tiap-tiap malam ada pasar malam. Depan hotel tu kedai makanan halal banyak so korang xyah nak pening-pening kepala nak cari cuma rege makanan kat Ho Chi Minh agak mahal sket. Kalau korang nak murah masak ler sendiri.. Malam pertama kami cuma tengok-tengok jer apa yang dijual di pasar malam tersebut. Bak kata orang berkenalan dulu.. Dah penat berjalan kami balik ke hotel.. Perghhhh mmg penat siot.. Lepas mandi masing-masing tak buang masa dah terus kembara mimpi.. nnt kami sambung bercerita lagi ek..

lengang je airport kat sini..



hotel tempat kami tidoq

kedai halal depan hotel kami.. kedai ni jgk ada jual telekung..

pasar malam yg dibuka setiap hari...nk beli brg kat cni kena pandai tawar...

antara makanan feveret org2 vietnam...mcm2 jnis siput..korang berani ke nak try?hihihi

mcm2 jnis tudung..ala2 fareeda pn ada..manyak mulahhh lor

lepas sarapan, makan ubat kuat..maklumlah skru lutut dah longgar..hihihi...

kota yg sibuk & penuh ndgn motosikal..

teksi vinasun yg kami naik..ada mesin utk kredit kad...

hah, korang nnt nak pegi mana2 kat sini naik teksi vinasun tau...