Saturday, January 18, 2014

Mabul, I'm Fallin' in LOVE

Assalamualaikum... Tirai 2014 pun dimulakan dengan trip ke mabul. memula nak pi dengar macam2. takutlah jugak bila dimomok kan macam2 citer yang tak berapa elok di dengar...tapi sebab kami ni jiwa traveller kental ( masuk bakul sekejap)so kami redah jugak ke sana. sampai kat sana... perghhh... kagumnya dengan ciptaanMU Ya Allah. so sebab citer ni pun dah berlapuk, aku dah tak bape nak ingat n dah tak boleh nak goreng2 sangat. takut tambah hangit... so korang, layannn lah gambar mabul yer...


 so sebab sampai tawau ni dah gelap kami stay kat dragon inn resort, semporna... cantik sangat tempat ni. memula kami ingatkan tempat motel cina manalah nak stay. rupa2 cantik tempat ni....

Angah ni cam kena paksa ambik gambo plak... btw, inilah KAMI..ngeh..ngeh...
lepas bergambo ni, kami nak ke jeti dah untuk ke mabul. 

 jeti kat semporna

 sepanjang di mabul kami stay kat scuba jeff.. layanan dari owner memang terbaik. thanks abg jeff..



 orang asli bajau laut ni, datang merayu2 kat tmpat kami stay... so, bagi jelah apa yg ada..coklat or gula2 pun ok. 

 melepak kat hammock


 bergambo dengan scuba jeff sebelum kami pulang ke semenanjung






Monday, May 27, 2013

KIM CHI NA RA & HANBOK WEAR DAN MEMORI INDAH DALAM HUJAN DI EVERLAND

  hai hai hai kengkawan jumpa lagi dalam entry yang len plak.. Sementara ada masa ni boleh ler kami menaip serba sedikit coretan sepanjang  kami kat Korea. Kunun banyak masa padahal keje melambak lagi yang sedang menanti.. hahaha tapi tak kisah lah janji hati mau hepi kan..

  Punye la semangat kami hari ni, pagi2 yang dingin kami dah kluar check out dari bilik. Sampai kat lobby sorang ahli rombongan cik kiah pon lom ada lagi.. Apa lagi sementara menunggu depa nih kami pon berposing sakan ler kat luor hotel. Panorama nya memang shantek beb.. Cuaca hari ni mcm nak ujan jer...

syok sendiri KAMI bergaya  



kalau psl bergambar, masing2 pantang jumpa tmpat cantik, smua nak bergilir2 bergambar...

tempat yg sama jgak, bergilir2 nak bergambar


KAMI pun sama...hehehe




  Sepanjang perjalanan balik dari Del Fino hujan menemani kami.. Sejuk gilos dalam bas tu.. Bayangkan la 3 jam duk dalam bas dalam kesujukan. Hari ni kami akan ke belajar buat Kimchi iaitu makanan yang fofuler kat Korea tapi kami memang ler idok makan bendalah tu. Tak tertelan teman weyyy...Bior depa je ler yang makan teman tolong nengok jer ler..




KAMI cadang nak bukak kedai kimchi sendiri nnt..hihihi...



  Selesai belajar buat kimchi kami pergi plak menerai pakaian tradisional Korea yang dipanggil Hanbok.. hah gamat ngko dlam bilik tu!! nnt korang tgk ler sendiri gambo yang kami tepekkan dlm blog nih.. hahaha macam2 ragam.. kalau dah giler bergambo gitu ler jadinya..Akekeke 






  Sebelum kami dibawa ke taman tema Everland, kami lunch dulu kat kedai makanan Siam.. Sedap der masakannya boleh ler teman menelan.. 





Hujan macam tak nak berenti jer tapi program tetap diteruskan.Sampai di everland hujan bertambah lebat. Subhanallah kat sini memang shantek giler. Luas der kawasannya tapi disebabkan ujan makanya banyak permainan yang ditutup. Rugi rugi tak dapat main.. Kat sini kena naik gondola nak turun ke bawah atau masuk ke dalam kawasan kat bawah tu.. 



  Yang bes masa kat everland ni walaupun ujan lebat aktiviti bergambo tetap diteruskan..Orang len nengok jer ler kami bergambo sebab camera depa tak boleh guna takot masuk air. Camera sahabat kami ni memang boleh kena ayor jadi kami pun bergambo sakan tak hengat-hengat.. yang kawan ni layan jerr kerenah kami.. korang ader??!!hahaha Terima kasih yer hakak camerawomen Kak Norli.. Memang basah kuyup kami hari ni.. kasut memasing dah jadi macam sampan masuk air.. adehhh tu ler memori indah dalam ujan kat Korea ni..



walaupun ujan, kami tetap bergambar...


roller coaster yg tak smpat nak naik disebabkan ujan...huhuhu...
















  

NAMI ISLAND,TEDDY BEAR MUSEUM (SEORAK),MOUNT SOERAK

Assalamualaikum kengkawan.. 

Annyonghaseyo.. Jhal Juinaeyo? korang faham tak maknenya tu? 
Hahaha kami pun memula xfaham dok nyengeh jer ler.. Maknenya, hello apa khabar?

Okla  kami sambung citer seterusnya...


   Pagi-pagi hari ketiga kami wajib bawa semua barang2 turun ke lobby untuk check out kerana akan check in di hotel yang lain plak.. Hari ni merupakan hari yang kami nanti2kan sbb pagi2 ni akan bergerak menuju ke Nami Island.. Ala yang kat dalam crite Winter Sonata tu.. hehehe mesti korang tengok citer ni dulu kan.. Ahaks..

   Nak sampai kat Nami Island tu kena naik feri.. hah apalagi feri dh sampai moh ler naik beramai-ramai.. Subhanallah memang cantik ciptaan Allah kat Nami Island ni beb.. Mule ler verangan berlakon disamping hero winter sonata tu.. haahahah tak hagak-hagak nko, nyah!! Gambo-gambo ni bukan je menjadi bukti keindahan  Pulau Nami tapi menyerlahkan juga keayuan model2nya..wakakakaka

Gambo atas feri ke Naminara

Pintu masuk ke Pulau Nami








Dilla, geng kami yang memang suka melompat. Pakai baju kurung hokeyy di Nami.


 Inilah KAMI

Inilah KAMI

   Setelah puas menikmati keindahan pulau Nami, kami bergerak plak ke Mount Soerak. Kalau korang nak tau perjalanan ke Mount Soerak makan masa lebih kurang tiga jam jer.. Jauh der tapi jalan raya depa memang elok ler.. Dalam bas mcm bese ar aktiviti menghasilkan taik mata.. hahahha asal naik bas jer cfirm tdo punyer..

Kami di atas puncak Mount Soerak




   Dalam perjalanan ke Mount Soerak kami singgah jap kat Muzium Teddy Bear. Dari sekecik-kecik teddy bear ke sebesar2 teddy bear ada kat dalam muzium tu.. Dah katenya muzium beruang semua yang ada kat dalam tu beruang ajer ler.. manusia yang ada cuma yang datang tengok dan pekerja kat situ jer arr.. hihihi

Dengan tourist guide kami




   Dah selesai melawat dan bergambo kat muzium teddy bear ni kami terus dibawa ke Mount Soerak. Nak naik atas Mount Soerak ni kena naik kete kabel bukan kete kebal hokehh.. hahaha.. Pastu sesiapa yang nak naik ke puncak untuk view yang lebih menarik harus menapak dalam lebih kurang 15-20 minit mendaki anak-anak tangga.. Semput mak dibuatnya, dek non.. fuhhh memang terbaik dari ladang la kat atas nun.. kat sini agak sejuk sket cuacanya maklum kawasan tanah tinggi kan..

   Lepas makan malam, kami check in di Hotel Del Fino. Memang besor ngko biliknya siap ada dapo lagi.. Tapi kami xde ler nak masak sbb dah penat seharian berjalan. Lagipun nak masak kebendenya yang ado pon meggi cup jer.. hehehe lagipon dh sampai time tuk tido der.. apalagi selamat beradu ler.. Nanti sambung lagi kat entry yang lain yer kengkawan.. Mata pun dh layu.. 

   Ya Allah pinjamkan la kekuatan dan kesabaran Mu kepada kami untuk meneruskan coretan perjalanan di bumi Korea dalam blog kami ini..