Monday, May 27, 2013

NAMI ISLAND,TEDDY BEAR MUSEUM (SEORAK),MOUNT SOERAK

Assalamualaikum kengkawan.. 

Annyonghaseyo.. Jhal Juinaeyo? korang faham tak maknenya tu? 
Hahaha kami pun memula xfaham dok nyengeh jer ler.. Maknenya, hello apa khabar?

Okla  kami sambung citer seterusnya...


   Pagi-pagi hari ketiga kami wajib bawa semua barang2 turun ke lobby untuk check out kerana akan check in di hotel yang lain plak.. Hari ni merupakan hari yang kami nanti2kan sbb pagi2 ni akan bergerak menuju ke Nami Island.. Ala yang kat dalam crite Winter Sonata tu.. hehehe mesti korang tengok citer ni dulu kan.. Ahaks..

   Nak sampai kat Nami Island tu kena naik feri.. hah apalagi feri dh sampai moh ler naik beramai-ramai.. Subhanallah memang cantik ciptaan Allah kat Nami Island ni beb.. Mule ler verangan berlakon disamping hero winter sonata tu.. haahahah tak hagak-hagak nko, nyah!! Gambo-gambo ni bukan je menjadi bukti keindahan  Pulau Nami tapi menyerlahkan juga keayuan model2nya..wakakakaka

Gambo atas feri ke Naminara

Pintu masuk ke Pulau Nami








Dilla, geng kami yang memang suka melompat. Pakai baju kurung hokeyy di Nami.


 Inilah KAMI

Inilah KAMI

   Setelah puas menikmati keindahan pulau Nami, kami bergerak plak ke Mount Soerak. Kalau korang nak tau perjalanan ke Mount Soerak makan masa lebih kurang tiga jam jer.. Jauh der tapi jalan raya depa memang elok ler.. Dalam bas mcm bese ar aktiviti menghasilkan taik mata.. hahahha asal naik bas jer cfirm tdo punyer..

Kami di atas puncak Mount Soerak




   Dalam perjalanan ke Mount Soerak kami singgah jap kat Muzium Teddy Bear. Dari sekecik-kecik teddy bear ke sebesar2 teddy bear ada kat dalam muzium tu.. Dah katenya muzium beruang semua yang ada kat dalam tu beruang ajer ler.. manusia yang ada cuma yang datang tengok dan pekerja kat situ jer arr.. hihihi

Dengan tourist guide kami




   Dah selesai melawat dan bergambo kat muzium teddy bear ni kami terus dibawa ke Mount Soerak. Nak naik atas Mount Soerak ni kena naik kete kabel bukan kete kebal hokehh.. hahaha.. Pastu sesiapa yang nak naik ke puncak untuk view yang lebih menarik harus menapak dalam lebih kurang 15-20 minit mendaki anak-anak tangga.. Semput mak dibuatnya, dek non.. fuhhh memang terbaik dari ladang la kat atas nun.. kat sini agak sejuk sket cuacanya maklum kawasan tanah tinggi kan..

   Lepas makan malam, kami check in di Hotel Del Fino. Memang besor ngko biliknya siap ada dapo lagi.. Tapi kami xde ler nak masak sbb dah penat seharian berjalan. Lagipun nak masak kebendenya yang ado pon meggi cup jer.. hehehe lagipon dh sampai time tuk tido der.. apalagi selamat beradu ler.. Nanti sambung lagi kat entry yang lain yer kengkawan.. Mata pun dh layu.. 

   Ya Allah pinjamkan la kekuatan dan kesabaran Mu kepada kami untuk meneruskan coretan perjalanan di bumi Korea dalam blog kami ini..

No comments:

Post a Comment