Thursday, April 18, 2013

Terjah Ho Chi Minh

Assalamualaikum semua..

Hmmmm lama dah KAMI tidak menjenguk dan berceloteh dalam blog ni.. Almaklum laa masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Tambahan lagi sorang lagi admin Kami sibuk menyiapkan tesis masternya.. Jangan marah nyah walaupun sibuk mengalahkan perdana menteri xtvt melancong ni tetap ON hokehh...

Untuk xtvt kali ini Kami pergi berdua je.. Jangan xtahu kami main terjah jer.. kunun2nya sempena besday admin ler.. rancang pun terkujat-terkujat jer.. Bila merancang terkujat tambang flight pun terkujat ler jgk.. Rabak poket dek non oiii  tapi mak redho je  sbb nak berjalan nya pasal..hihiihi..Trip kali ni kami pergi 4h3m.

Kami ambil flight  AirAsia kol 7.20 malam waktu Malaysia dan sampai kat HO CHI MINH lbh kurang kol 8.45 malam waktu tempatan. Untuk pengetahuan korang waktu kat Vietnam lewat sejam dari waktu kat Malaysia.. Sampai kat airport xde masalah cuma KAMI nak bagitau pepandai ler korang cari teksi yang murah nak  ke hotel. Korang cari teksi VINASUN sbb harganya lebih murah berbanding dengan teksi-teksi yang lain. Harga lebih kurang USD 5-8 kalau lebih pada tu mmg mahal ler.. Semua teksi kat sini bermeter dan siap ngan mesin kad kredit hokehhhh. Boleh swap jer kalau tak de tunai. Khelas nko kak Ton. Yang bestnya pemandu teksi mmg peramah tapi bercakap serupa ayam ngn kucing ar.. Kami tanya lain dia jawab lain hadoiii so pepaham la sendiri. Last-last kami tergelak sama-sama..

Kat Ho Chi Minh kami lepak kat hotel Thanh Thu ye sebut betul2 bukan Hanh Thu hokeh.. Daripada 5 bintang kami bagi 3.5 bintang. Wifi memang laju giler dalam bilik pon dapat. Free lak tu.. Cuma kami ambil bilik yang takde tingkap tapi memang ok sgt2 tuk backpackers mcm kami. Selesai jer urusan kat hotel kami terus keluar tuk cari makanan halal. Kat sini malamnya hidup macam kat key el jugek. Tiap-tiap malam ada pasar malam. Depan hotel tu kedai makanan halal banyak so korang xyah nak pening-pening kepala nak cari cuma rege makanan kat Ho Chi Minh agak mahal sket. Kalau korang nak murah masak ler sendiri.. Malam pertama kami cuma tengok-tengok jer apa yang dijual di pasar malam tersebut. Bak kata orang berkenalan dulu.. Dah penat berjalan kami balik ke hotel.. Perghhhh mmg penat siot.. Lepas mandi masing-masing tak buang masa dah terus kembara mimpi.. nnt kami sambung bercerita lagi ek..

lengang je airport kat sini..



hotel tempat kami tidoq

kedai halal depan hotel kami.. kedai ni jgk ada jual telekung..

pasar malam yg dibuka setiap hari...nk beli brg kat cni kena pandai tawar...

antara makanan feveret org2 vietnam...mcm2 jnis siput..korang berani ke nak try?hihihi

mcm2 jnis tudung..ala2 fareeda pn ada..manyak mulahhh lor

lepas sarapan, makan ubat kuat..maklumlah skru lutut dah longgar..hihihi...

kota yg sibuk & penuh ndgn motosikal..

teksi vinasun yg kami naik..ada mesin utk kredit kad...

hah, korang nnt nak pegi mana2 kat sini naik teksi vinasun tau...

No comments:

Post a Comment