Sunday, April 21, 2013

Terjah Ho Chi Minh Malam Terakhir

Seperti biasa rutin kami lepas sarapan mesti akan menjenguk ke pasar Benh Thanh. Nak cari kasut sukan plak. Kami sampai kat kedai tu baru nak mula buka. Orang kata kalau nak rege betul2 murah, rege pecah telo katanya datang la pepagi masa depa baru nak mula niaga. Kalau udah tengah hari datang mmg payah ler nak dapat rege yang murah der.. hihihi so kami pon pergi ler terjah kedai2 yang menjual kasut sukan budak2. Muke tokeh kedai pun macam muka orang tak mandi..hahaha sempat lagi mengutuk..

amoi jual kasut..yg ni ok lagi, bole ler tawar lg dgn dia

kunun2 ambik hatilah tu..lepas beli ambik gambar..hahahaha

pegang jer..tak beli pun kasut tu..hahahha


Hari ni kami terjah amik teksi Vinasun nak pergi China Town. Brani brani takut jer kami naik teksi nak ke sana. Memang keje gile trip kali nih main terjah jer.Tambang dalam usd8. Kami pergi pasar jugak tapi pasar yang menjual secara borong. Kain ela kat sini mmg lebih murah dari Benh Thant ngko. Masing2 dah buat muke cuak sbb dah beli kain kat benh thanh. Nak buat camner nasi udah jadi bubur.. Redho jer la mak, nyah.. Dah puas ronda2 kat sana kami pon balik hotel.

nilah rupanya China Town..namanya lain..bacalah sendiri yer...




barang-barang kat sini jauh lebih murah der

penjual kain yg hensem...lain kali beli kain dari dia..mulahhhhh ooo


Nak jadi citer hari ketiga ni kami merasa ler naik bas awam depa.. manusia jangan cakap ler ramainya ya ampunnn.. Citernya bermula mcm ni.. Masa kami jalan2 petang tu terjumpa ngn sorang pakcik org kemboja yang meniaga kat sini. Dia bw kami pergi kilang jual telekung murah dan janji akan hantar balik kami kat hotel. Kami pun ikut jer ler.. Masa pegi tu naik teksi dan dia bayarkan duit teksi. kami beli ler jg telekung 5  pasang. Balik dr kilang tu dia kata  naik bas jer sebab murah sket.. Kami cuak juga memula tapi buat-buat berani jer nih.. almaklumlah trip terjah katanya.. hahaha amekawww.. Nasib baik semuanya berjalan lancar..

Malam ni malam terakhir kami kat Ho Chi Minh. So kena packing la semua barang yang dah dibeli tuk bw balik.. Punya la berat beg masing2. Yelah kain ela berpasang2 masa beli xhenggat2!! telekung lagi, kasut sukan dan barang-barang yang lain.. huhuhu masing-masing cuak takot terlebih berat. Tawakkal jer ar..


Pagi esok tiba la time nak check out. Pegi bekpes dulu apa-apa hal pon.. Hajat ati nak melawat benh thanh tu lagi tapi bile fikir beg dh penuh kansel der.. Dah selesai bekpes naik balik hotel nak check out lak. Sampai kat lobby terus tuju timbang yang memang disediakan. Fuhhhhhh lega der  beg tak lebih muatan.. Baru masing-masing senyum lebar.. bukan apa kalau lbh muatan beg nak kena bayar cukai tu yang tak bes. Flight kami kol 130 ptg waktu Ho Chi Minh. So kol 10.30 kami dh gerak ke airport. Teksi memang sangat mudah dapat kt depan hotel tu.







Friday, April 19, 2013

Terjah Ho Chi Minh Hari ke-2

   Untuk pengetahuan korang kami mmg tak pernah sampai kat sini. Memang main terjah jer. Tawakkal jer..Kununya Kami nak sewa kete  kat sini tapi bila tengok sign board dengan hurufnya yang berkuntal-kuntal sepatah haram tak faham, tak brani ler kami nak drive sendiri. Sign board satu hal jalan raya kat sana pon satu hal jgk.. Kalau korang nak tau kt Ho Chi Minh ni penuh ngn motosikal. Tapi yang besnya kalau korang berdiri tengah-tengah jalan nak melintas comfirm xkena langgar. Kereta-kereta kat sini plak kena mengelak motor2 yang tak terkira banyaknya. Dasattttt derrr...So kalau kami nak pergi agak jauh sket dari hotel kami panggil drebar jer.. hihihi lagi pon skru kaki dh longgar.. hahaha lupa baww skrudiver.. nak jalan jauh2 sangat memang la pancit dibuatnya. Masa berjalan tu ok jer tapi bile dh balik hotel semua nya sakit2.. huhuhuhu  

  Pepagi keluar jer hotel memang dah terang benderang padahal baru kol 6 lbih jer hokeh.. Perkara pertama kami cari kedai makan dulu.. Lapo.. Kami terus ke kedai VN Halal lebih kurang 3 minit jer berjalan dari hotel tu. Kami try nasi lemak tapi rasanya ala-ala je namun masih boleh telan lagi ar..


   Lepas isi perut, kami terus ke pasar Benh Thanh yang mmg sgt dekat dengan hotel. Lebih kurang 5-10 minit perjalanan mengikut langkah memasing la yer.. Pasar ni lebih kurang macam pasar Filipino yang kat Sabah tu tapi besar sket lah.. Buka kol 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Macam-macam ada jual kat sini.. Peniaga kat sini macam peniaga kat China jgak. Main tarik2 tangan customer suruh beli barang dia. Jangan le korang cakap mahal nnt dia jawab "mari-mari kakak murah-murah tak mahal" hah lepas tu mmg korang xkan dia lepasnya selagi tak beli. Masakk beb nak meloloskan diri..

   Hari ni kami plan nak settlekan dulu semua barang yang diorder oleh kengkawan yang kami tinggalkan sekejap kat Malaysia. Bukan sikit beb depa order.. hai lah kwn2 ku.. Kami terus mencari kedai yang menjual kain ela.. Memang banyak toksah cakap ler rambang mata dibuatnya der.. tapikan yang xbes kat pasar ni bila dah  tgh hari berbahang giler. itu yang tak tahan. Dah le kedainya rapat2 siap berlaga ponggong lagi kat dalam tu.. hadoiiiiiyaiiiii... tapi demi nak merealisasikan hajat kengkawan kami pasrah jer walaupun peluh membasahi ketiak.. Dah dapat kain berpasang2 kami cepat-cepat keluar tuk balik ke hotel. Tak tahan bahang beb.. Tapi kami tengok orang-orang lain selamba jer pepanas dalam pasar tu..


Dalam perjalanan nak balik hotel kami singgah beli makanan kat kedai Basiroh.Rege kat kedai ni murah sket. Kalau kat kedai sebelah tu agak mahal gak. Pastu kami makan dalam hotel. Kedai kat sini kecik-kecik  xdapat nak menampung ramai pelanggan dalam tu. Lepas makan  tgk tv sekejap lepas tu masing-masing terus hanyuttt dibuai mimpi  nak shopping apa petang  ni.. hahaha masing2 dah jadi ulo sawa..


Lepas solat kami kluar lagi ke pasar Benh Thanh. hehehe tapi kali ni kami merentasi pasar tuk ke kedai-kedai sebelah belakang.. luar pasar. Banyak ghupernya kedai2 yang menjual pelbagai barang dengan harga yang agak murah jugak. So apa lagi kami pun cuci mata melihat dan membelek apa yang patut. Yang penting kalau betul-betul nak beli kena pandai tawar-menawar tuk dapat harga yang paling rendah. Kena pandai main harga ( DONG/USD/RM ) bagi depa pening dan kita sendiri pening.. hahahaha


Hari kedua ni kami jumpa ramai warga Malaysia. Dah macam pasar malam kat Malaysia plak.. hahaha mana2 ceruk pegi ada orang Malaysia. Ramai yang baru sampai petang tadi gamaknya..


Waktu malam kami pusing2 lagi pasar malam. Orang Malaysia udah ramai yang datang.. hehehe Rupenya peniaga pasar benh thanh jgk yang meniaga kat pasar malam. Kat pasar malam ni mmg depa letak harga tinggi so pepandaila korang tawar menawar sampai puas ati.. lps tu jgn tak jadi beli plak mmg kena sumpah seranah ler nanti.. Satu lagi kat pasar malam ni buah-buahan dia besor2 ngko.. harga bese ar standard buah-buahan la.. Dah penat berjalan apa lagi balik ler hotel sbb waktu membute udah tibe.. nnt sambung citer lagi yer udah mengantuk mau zzzzz.. daaaaa 


kedai VN Halal.. hari kedua kami makan kat sini

sarapan pagi makan nasi lemak... bole tahan lah tp tak bole lawan nasi lemak made from mak haku hokey..hehehe

pasar Benh Thanh dr belakang

asalkan bole je bergambar dgn nyonya...nko ado?hahha

kasut2 yg bole tahan harganya..kena pandai tawar...yg penting dapat murah..kena sumpah belakang kira..hahha

peminat2 kereta kayu..kreatif beb! n mulahh jugak..

kedai2 yg sebelah belakang..ada byk lagi kedai smpaikan kaki kami tak larat nak berjalan...
Buah-buahan yg sgt besar2 belaka...


pasar malam yg hari2 dibukak...

kerlipan manik2 kat baju kurung..sarat woiiii....
hasil borong kain cotton utk kwn2 yg mengirimnye... termasuklah kami punya..hehehe











Thursday, April 18, 2013

Terjah Ho Chi Minh

Assalamualaikum semua..

Hmmmm lama dah KAMI tidak menjenguk dan berceloteh dalam blog ni.. Almaklum laa masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Tambahan lagi sorang lagi admin Kami sibuk menyiapkan tesis masternya.. Jangan marah nyah walaupun sibuk mengalahkan perdana menteri xtvt melancong ni tetap ON hokehh...

Untuk xtvt kali ini Kami pergi berdua je.. Jangan xtahu kami main terjah jer.. kunun2nya sempena besday admin ler.. rancang pun terkujat-terkujat jer.. Bila merancang terkujat tambang flight pun terkujat ler jgk.. Rabak poket dek non oiii  tapi mak redho je  sbb nak berjalan nya pasal..hihiihi..Trip kali ni kami pergi 4h3m.

Kami ambil flight  AirAsia kol 7.20 malam waktu Malaysia dan sampai kat HO CHI MINH lbh kurang kol 8.45 malam waktu tempatan. Untuk pengetahuan korang waktu kat Vietnam lewat sejam dari waktu kat Malaysia.. Sampai kat airport xde masalah cuma KAMI nak bagitau pepandai ler korang cari teksi yang murah nak  ke hotel. Korang cari teksi VINASUN sbb harganya lebih murah berbanding dengan teksi-teksi yang lain. Harga lebih kurang USD 5-8 kalau lebih pada tu mmg mahal ler.. Semua teksi kat sini bermeter dan siap ngan mesin kad kredit hokehhhh. Boleh swap jer kalau tak de tunai. Khelas nko kak Ton. Yang bestnya pemandu teksi mmg peramah tapi bercakap serupa ayam ngn kucing ar.. Kami tanya lain dia jawab lain hadoiii so pepaham la sendiri. Last-last kami tergelak sama-sama..

Kat Ho Chi Minh kami lepak kat hotel Thanh Thu ye sebut betul2 bukan Hanh Thu hokeh.. Daripada 5 bintang kami bagi 3.5 bintang. Wifi memang laju giler dalam bilik pon dapat. Free lak tu.. Cuma kami ambil bilik yang takde tingkap tapi memang ok sgt2 tuk backpackers mcm kami. Selesai jer urusan kat hotel kami terus keluar tuk cari makanan halal. Kat sini malamnya hidup macam kat key el jugek. Tiap-tiap malam ada pasar malam. Depan hotel tu kedai makanan halal banyak so korang xyah nak pening-pening kepala nak cari cuma rege makanan kat Ho Chi Minh agak mahal sket. Kalau korang nak murah masak ler sendiri.. Malam pertama kami cuma tengok-tengok jer apa yang dijual di pasar malam tersebut. Bak kata orang berkenalan dulu.. Dah penat berjalan kami balik ke hotel.. Perghhhh mmg penat siot.. Lepas mandi masing-masing tak buang masa dah terus kembara mimpi.. nnt kami sambung bercerita lagi ek..

lengang je airport kat sini..



hotel tempat kami tidoq

kedai halal depan hotel kami.. kedai ni jgk ada jual telekung..

pasar malam yg dibuka setiap hari...nk beli brg kat cni kena pandai tawar...

antara makanan feveret org2 vietnam...mcm2 jnis siput..korang berani ke nak try?hihihi

mcm2 jnis tudung..ala2 fareeda pn ada..manyak mulahhh lor

lepas sarapan, makan ubat kuat..maklumlah skru lutut dah longgar..hihihi...

kota yg sibuk & penuh ndgn motosikal..

teksi vinasun yg kami naik..ada mesin utk kredit kad...

hah, korang nnt nak pegi mana2 kat sini naik teksi vinasun tau...