Monday, May 27, 2013

KIM CHI NA RA & HANBOK WEAR DAN MEMORI INDAH DALAM HUJAN DI EVERLAND

  hai hai hai kengkawan jumpa lagi dalam entry yang len plak.. Sementara ada masa ni boleh ler kami menaip serba sedikit coretan sepanjang  kami kat Korea. Kunun banyak masa padahal keje melambak lagi yang sedang menanti.. hahaha tapi tak kisah lah janji hati mau hepi kan..

  Punye la semangat kami hari ni, pagi2 yang dingin kami dah kluar check out dari bilik. Sampai kat lobby sorang ahli rombongan cik kiah pon lom ada lagi.. Apa lagi sementara menunggu depa nih kami pon berposing sakan ler kat luor hotel. Panorama nya memang shantek beb.. Cuaca hari ni mcm nak ujan jer...

syok sendiri KAMI bergaya  



kalau psl bergambar, masing2 pantang jumpa tmpat cantik, smua nak bergilir2 bergambar...

tempat yg sama jgak, bergilir2 nak bergambar


KAMI pun sama...hehehe




  Sepanjang perjalanan balik dari Del Fino hujan menemani kami.. Sejuk gilos dalam bas tu.. Bayangkan la 3 jam duk dalam bas dalam kesujukan. Hari ni kami akan ke belajar buat Kimchi iaitu makanan yang fofuler kat Korea tapi kami memang ler idok makan bendalah tu. Tak tertelan teman weyyy...Bior depa je ler yang makan teman tolong nengok jer ler..




KAMI cadang nak bukak kedai kimchi sendiri nnt..hihihi...



  Selesai belajar buat kimchi kami pergi plak menerai pakaian tradisional Korea yang dipanggil Hanbok.. hah gamat ngko dlam bilik tu!! nnt korang tgk ler sendiri gambo yang kami tepekkan dlm blog nih.. hahaha macam2 ragam.. kalau dah giler bergambo gitu ler jadinya..Akekeke 






  Sebelum kami dibawa ke taman tema Everland, kami lunch dulu kat kedai makanan Siam.. Sedap der masakannya boleh ler teman menelan.. 





Hujan macam tak nak berenti jer tapi program tetap diteruskan.Sampai di everland hujan bertambah lebat. Subhanallah kat sini memang shantek giler. Luas der kawasannya tapi disebabkan ujan makanya banyak permainan yang ditutup. Rugi rugi tak dapat main.. Kat sini kena naik gondola nak turun ke bawah atau masuk ke dalam kawasan kat bawah tu.. 



  Yang bes masa kat everland ni walaupun ujan lebat aktiviti bergambo tetap diteruskan..Orang len nengok jer ler kami bergambo sebab camera depa tak boleh guna takot masuk air. Camera sahabat kami ni memang boleh kena ayor jadi kami pun bergambo sakan tak hengat-hengat.. yang kawan ni layan jerr kerenah kami.. korang ader??!!hahaha Terima kasih yer hakak camerawomen Kak Norli.. Memang basah kuyup kami hari ni.. kasut memasing dah jadi macam sampan masuk air.. adehhh tu ler memori indah dalam ujan kat Korea ni..



walaupun ujan, kami tetap bergambar...


roller coaster yg tak smpat nak naik disebabkan ujan...huhuhu...
















  

NAMI ISLAND,TEDDY BEAR MUSEUM (SEORAK),MOUNT SOERAK

Assalamualaikum kengkawan.. 

Annyonghaseyo.. Jhal Juinaeyo? korang faham tak maknenya tu? 
Hahaha kami pun memula xfaham dok nyengeh jer ler.. Maknenya, hello apa khabar?

Okla  kami sambung citer seterusnya...


   Pagi-pagi hari ketiga kami wajib bawa semua barang2 turun ke lobby untuk check out kerana akan check in di hotel yang lain plak.. Hari ni merupakan hari yang kami nanti2kan sbb pagi2 ni akan bergerak menuju ke Nami Island.. Ala yang kat dalam crite Winter Sonata tu.. hehehe mesti korang tengok citer ni dulu kan.. Ahaks..

   Nak sampai kat Nami Island tu kena naik feri.. hah apalagi feri dh sampai moh ler naik beramai-ramai.. Subhanallah memang cantik ciptaan Allah kat Nami Island ni beb.. Mule ler verangan berlakon disamping hero winter sonata tu.. haahahah tak hagak-hagak nko, nyah!! Gambo-gambo ni bukan je menjadi bukti keindahan  Pulau Nami tapi menyerlahkan juga keayuan model2nya..wakakakaka

Gambo atas feri ke Naminara

Pintu masuk ke Pulau Nami








Dilla, geng kami yang memang suka melompat. Pakai baju kurung hokeyy di Nami.


 Inilah KAMI

Inilah KAMI

   Setelah puas menikmati keindahan pulau Nami, kami bergerak plak ke Mount Soerak. Kalau korang nak tau perjalanan ke Mount Soerak makan masa lebih kurang tiga jam jer.. Jauh der tapi jalan raya depa memang elok ler.. Dalam bas mcm bese ar aktiviti menghasilkan taik mata.. hahahha asal naik bas jer cfirm tdo punyer..

Kami di atas puncak Mount Soerak




   Dalam perjalanan ke Mount Soerak kami singgah jap kat Muzium Teddy Bear. Dari sekecik-kecik teddy bear ke sebesar2 teddy bear ada kat dalam muzium tu.. Dah katenya muzium beruang semua yang ada kat dalam tu beruang ajer ler.. manusia yang ada cuma yang datang tengok dan pekerja kat situ jer arr.. hihihi

Dengan tourist guide kami




   Dah selesai melawat dan bergambo kat muzium teddy bear ni kami terus dibawa ke Mount Soerak. Nak naik atas Mount Soerak ni kena naik kete kabel bukan kete kebal hokehh.. hahaha.. Pastu sesiapa yang nak naik ke puncak untuk view yang lebih menarik harus menapak dalam lebih kurang 15-20 minit mendaki anak-anak tangga.. Semput mak dibuatnya, dek non.. fuhhh memang terbaik dari ladang la kat atas nun.. kat sini agak sejuk sket cuacanya maklum kawasan tanah tinggi kan..

   Lepas makan malam, kami check in di Hotel Del Fino. Memang besor ngko biliknya siap ada dapo lagi.. Tapi kami xde ler nak masak sbb dah penat seharian berjalan. Lagipun nak masak kebendenya yang ado pon meggi cup jer.. hehehe lagipon dh sampai time tuk tido der.. apalagi selamat beradu ler.. Nanti sambung lagi kat entry yang lain yer kengkawan.. Mata pun dh layu.. 

   Ya Allah pinjamkan la kekuatan dan kesabaran Mu kepada kami untuk meneruskan coretan perjalanan di bumi Korea dalam blog kami ini..

Friday, May 24, 2013

MENARA NAMSAN,THE NATIONAL FOLK MUSEUM, ISTANA GYEONGBOK & BLUE HOUSE

Annyonghaseyo.. 

   Selesai semua urusan imegresen kami pon beramai-ramai keluar untuk bertemu dgn pemandu pelancong kami yang sangat santek  dan sangat peramah orangnya.. Namanya Jake.. 

shantek tak jake? single lg ni...hehehe


   Sebelum kami keluar untuk naik bas, kami diminta solat dahulu.. yang besnya kami solat kat kawasan lapang dalam airport tu jer.. xdak surau atau tempat khas untuk solat hokehh.. Sesungguhnya kami bangga kerana dilahirkan beragama Islam..

berjemaah setibanya di airport...

   Usai solat kami terus naik bas kat luar airport tu.. Oleh kerana dah petang cuaca agak redup dengan tiupan angin yang agak sejuk.. Kami terpana seketika apabila melihat panorama di luar airport.. Caya tak caya jer kami dah menjejakkan kaki di negara Korea nih..Grrrrrr bunyi perut kami yang dah mula menggelegak kembali minta diisi tapi waktu makan lambat lagi.. huhuhu

  Tempat pertama kami kunjungi pada hari pertama ini ialah menara Namsan. Tempat ni ler ramai pasangan yang sedang bercinta meletakkan 'padlock' kt tepi-tepi pagar kat ngn menara tu.. Punyelah banyak mangga kat situ.. Kalau rasa nak beli padlock kat sini regenya lebih kurang RM45.. Perghhhh mahal giler siot.. Ntah dari zaman bile depa ni start buat keje mcm ni tak sempat lak kami nak baca.. heheheh lantak kome ler kan... Sempat ler jugak kami merakamkan beberapa keping gambor tuk tatapan apabila dh balik ke Malaysia.. 

Dah puas berjalan kat menara Namsan ni, tibalah masa nak pegi makan.. Yeahhhh suke perut kami bile nak menuju ke tempat makan.. Almaklum ler udah lama perut menyanyi-nyanyi.. Kami menuju ke Itaewon sebuah tempat yang banyak premis makanan halal..

Dah selamat semua mengisi perut, kami semua dibawa ke hotel tempat kami menginap iaitu Seoul Star.. Perghhhh hotel 3 bintang dah mewah dan selesa macam ni.. Agak2 kalau hotel bertaraf 5 bintang ntah macam mana plak ghupernya kan.. hehehehe

sampai kat namsan, nmpk beskal...so kami yg takde beskal ni teruja skjap..hohoho

nak sampai atas namsan tower tu kena menapak beb...berbukit bukau..huhu..semput mak kejap...muka masing2 penat n tak abis kebas ponggong lg dah buat exercise

sampai gak kami kat atas tu... banyaknya mangga..hehehe



ala2 gaya gwiyomi lah kunun..hehehe

tak terkira banyaknya love padlock ni...



inilah KAMI semasa berada di hadapan National Folk Museum

krew kaki jalan

krew kaki gunung+ kaki beskal merangkap krew kaki jalan..hihihi


krew kaki lompat..hihihihi


di belakang tu blue house