Girl powerrrr... insya allah, inilah geng panjat yang akan menawan puncak kinabalu. depa ini kebanyakannya geng kayuh. aku kalau setakat nak kayuh dalam kampung je boleh lah..hehehe..apapun diaorang memang best dan sporting. terima kasih yer kakak-kakak kayuh yang sudi kenal dengan den ni hah.
jelajah tok wan ni sebenarnya adalah latihan kaki yang ke 3, beberapa hari je lagi sebelum berangkat ke kinabalu. alhamdullilah sempatlah aku dengan angah join. memang depa plan panjat tok wan ni dan buat bbq. terima kasihlah kat kak marina dan yang lain-lain sebab sponser kami makan di puncak tok wan. aku dengan angah bawak epal jer sebagai tambahan pada yang lain.
kak marina & abang asri as chef today. terima kasih kak marina & abang polis..hehehe...
masing-masing tengah membakar...kita bakar, bakar..sedap ayam tu.
ntah pesal muka aku sedih jer. hmmm, masa ni tengah fikir kot, macam mana aku nak turun dari gunung tok wan ni. actually, kalau sesiapa yang dah biasa naik broga, lepas broga akan jumpa trail ke gunung tok wan. lepas puncak broga jumpa lah susur ke tok wan.
No comments:
Post a Comment