Assalamualaikum. Macam mana nak mulakan cerita ye? Cerita pasal tebu ni tercetus bila aku dan keluarga selamat pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah. Kiranya episod tebu ni baru je lagi. Kami memulakan projek tebu ni masa cuti hari pekerja yang lepas. Mujurlah ramai yang membantu dan memberikan semangat. Terima kasih semua. Petang tadi, aku ke kebun tebu menjenguknya. Alhamdulillah ada yang dah bertunas. Syukur kepadaNYA. Agak kering tanahnya. Moga hujan akan turun menyuburkan tanaman tebu kami. Amin.
Gigihnya pekebun moden ni ;). Moga niat baik kita dipermudahkanNYA. Amin
Buang rumput kering tu ye! Sebelah sana gali lubang, buang akar-akar pokok! Cangkul jangan tak cangkul!
Selepas beberapa hari, Alhamdulillah moga pokok-pokok tebu ini hidup subur. Insya Allah.
Berbakti pada tanah, tidak akan sia-sia.
Hidup suburlah wahai tebu-tebuku!
Aku nak close-up kat tunas tebu tu, lain pulak jadinya. Aisey!
Lepas pusing 2,3 batas baru perasan ada semut kat anak tebu ni. Agaknya musim panas, kering pulak, semut-semut ni berpesta menghurung tebu. Geli pulak aku tengok semut ni.
Buncit-buncit semutnya. Moga hidup suburlah hendaknya pokok tebu kami. Amin.
No comments:
Post a Comment