Friday, March 4, 2011

Kebun Pisang

Petang tadi aku menjenguk ke kebun. Terperanjat aku sebab pokok pisang yang kecik dulu dah tinggi. Lama betul aku tak ke kebun. Kebun pisang ni diusahakan oleh abang, mak, adik, & abah aku. Paling rajin ke kebun tentunya mak dan abah aku. Walaupun dah tua, tapi mereka berdua tak pernah rasa jemu ke sini. Dilahirkan dari keluarga yang memang bertani jadi mereka berdua memang tak tahu erti penat. Kebun menjadi rutin mak abah aku.   


Pokok2 pisang ni tak lama lagi akan mengeluarkan hasil. Aku pasti bila dah berbuah nanti, abah dan mak orang yang paling puas hati.

Di tepi tanah itu, abah dan mak ada tanam sedikit ubi. Kalau dulu ubi kayu adalah sarapan kami sebelum ke sekolah. Ubi rebus+kelapa gula+kopi o..huh, memang kecur, sampai sekarang kami dapat menikmati hidangan tersebut. Hari ni, aku membantu abang ipar aku mencabut ubi kerana ada orang yang membuat tapai ubi nak beli sebanyak 15kg. Jadi, aku bantu apa yang terdaya.


Daun ubi yang ditebang oleh abang ipar aku, aku campak ke arah lembu2 ni. Lembu2 ni adalah ternakan abang aku sendiri. Dah banyak rupanya lembu2 abang aku. Dulu masa mula2 hanya ada 3 ekor sekarang dah hampir 20 ekor. Hmmm, banyak jugak tu.



Pelahap jugak lembu ni. Habis sampai batang2 pokok ubi ni pun lembu2 ni kunyah.

No comments:

Post a Comment