Thursday, March 17, 2011

i-city di Kota Star

Aku, Angah dgn  2 orang anak buah, malam semalam jalan2 di Kota Star. Lepas kami parking kereta depan Masjid Zahir, Alor Star kami ke i-city nya. Hmm, hari tu sepatutnya kami nak ke i-city,Shah Alam. Tapi on the way nak ke sana, ujan punyalah lebat so terpaksa cancel kan. So, akhirnya ke Kota Star jugaklah kami berposing yang ada ala2 i-city. Hilang kempunan kami nak berposing!hehehhe....

Ciuman neon! Jangan tiru aksi ini!



Beriya Angah ambik gambar!



Buruknya aksi ni!

Mana kau pandang tu ecah oiii....

Aksi ni pun jangan tiru!Nasib aku dah edit gambar ni!hahhaha...

Klebang Coconut Shake Best!

Balik dari Bandar Melaka hari tu, aku sempat singgah kat kedai tepi jalan ni. Lama dah perasan kedai ni. Setiap kali lalu mesti ramai orang tengah Q nak beli coconut shake ni. Ramai betul! Semua kaum datang minum coconut shake dia, 1 Malaysia!  

Coconut shake special, berbaloi2..

Bersih!



Lepas ni Klebang Coconut Shake boleh jadi francais!



 Macam mana nak tahu lokasi kedai ni?Lokasi kedai yang betul2 tepi jalan.Kalau sesape nak ke Bandar Melaka melalui jalan klebang akan jumpa kedai ni.

Suri Beauty

Lama aku tak jenguk kawan lama kat Puchong. Kawan lama aku, Kak Su. Dia ada spa sendiri, Suri Beauty. Dulu masa dok kat Puchong rajin jugak aku ke situ. So, ada kelapangan masa ni la aku nak jumpa dia semula di samping buat treatment kat muka aku & Angah yang makin malap ni.hehhehehe...
Dulu kalau aku nak ke Putrajaya akan melalui tol ni. Dulu sehengget je, sekarang 1.60.Hmmm, untuk kemajuan & pembangunan....ehemmm....
Maniskan muka, jangan masam mencuka.
Sampai gak kat kedai kak su ni. Lama betul tak jumpa dia.
Banyaknya barang!
Bila tengok gambar ni mesti teringat dialog cerita Seniman Bujang Lapok.Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku. Hahhahaha....





Starbucks

Pada asalnya ada appointment jumpa klien Angah kat MetroPoint, Kajang. Last minute, klien tu batalkan. So, aku & Angah merayap la nampak gayanya.

Dah jumpa parking, so kami pun memulakan langkah kami untuk merayap ke mana2 ajer.


So dah penat merayap, Angah mengidam nak minum chocolate cream chip kat Starbuck. Yummyliciouss....I like!









Sementara menunggu chocolate cream chip yang di order siap, aku snap la picture2 ni...service lambat! sebab ada seorang je barista nye...hmmm, nasib baik kami ni penyabar.









Makin tembam plak aku tengok Angah ni..hehhehe..makan beras siam la katakan!

Lastly, apa yang Angah idamkan dapat jugak. Chocolate cream chip, Starbucks.

Friday, March 4, 2011

Gambar pasport

Dah lama tak bergambar kat studio. Dulu aku kecik2 aku takut nak bergambar kat studio ni. Teringat masa ambik gambar untuk buat ic. Aku datang pakai tudung, sampai kat studio cina tu suruh aku tanggalkan tudung. Masa tu budak2, ikutkan ajer lah. Tapi bengang jugak sebab aku dah buat cantik2 tudung tu disuruhnya aku tanggalkan tudung. Itu dulu, sekarang takdelah! So, kami sekeluarga hari tu ke studio ni sebab nak buat gambar pasport.  Hmmm, tu yang tetiba teringat kisah lama aku. 

Tudung yang mak aku pakai tu tudung aku yer. Mak aku datang pakai tudung cream. Cina yang tukang ambik gambar tu suruh aku tukar tudung dengan mak aku. Haiii, nampaknya cina ni memang suka betul suruh tanggalkan tudung. Nasib studio ni ada bilik kecik bolehlah tukar dalam tu jer.

Shopping

Weekend lepas, aku temankan adik aku yang bongsu tu mencari sepasang suite. Mak oiii, punyalah cerewet mengalahkan aku pulak bila shopping. Actually sebelum ni adik aku ni adalah minta hadiahkan dia sepasang suite. Demand!Agaknya sebab aku buat tak layan je permintaan dia so dia pun belilah sendiri. Beriya dia nak cari sepasang suite sebab baru2 ni dia bagitahu aku dia dapat anugerah. Wah, aku yang dah hampir 6 tahun bekerja pun tak pernah dapat anugerah. Anugerah pencapaian istimewa. Wah, macam menarik je anugerah tu. Dia dapat anugerah tersebut sebab semasa di Perlis dia dah attend 1 kursus ni so secara tak langsung dia dapatlah anugerah tersebut. Kata dia, hanya dia yang belum sah jawatan terima anugerah tu yang lain2 kebanyakkannya dah senior ( berdasarkan list yang dia dapat). Alhamdulillah dik. Teruskan usaha kau. Jangan merungut dan stress selalu.

Ni lah adik aku yang cerewet tu. Punyalah banyak soalan yang dia tanya kat salesman tu. 

Warna apa ye yang cantik?Bila tengok tali leher ni tetiba aku teringat 1 kisah. Tak payah ceritalah. Kisah dah lapuk.

Brand yang adik aku agung2kan. Cesss, branded man. Nasiblah sape yang jadi suri dia nanti.

Ke Laut Menangkap ikan

Pagi bila entah, abang aku, abang ipar, abah, & kawan abang aku turun ke laut. Kata abah, ke laut sekadar hobinya. Kalau kami suruh abah jual bot dan enjinnya bukan main marah dia. Bukan apa, abah takkan turun ke laut seorang diri. Di tambah dalam usianya yang makin berumur, kami tak mahu abah kepenatan dan keadaan penglihatannya yaang dah makin kabur buat kami kerisauan. Jadi kalau ada masa, abang aku akan menemankan abah untuk sesekali turun ke laut. 

Alhamdulillah. Ikan selangat yang mereka dapat hampir memenuhkan bakul pink ni. Ikan ni banyak tulang. Sampai ke hari ni, kalau aku makan ikan ni pasti akan ada tulang ikan yang aku tertelan. Kena berhati2 bila makan ikan ni. Paling sedap ikan selangat ni digoreng macam tu je, diratah panas2!

Tengah menanggalkan ikan yang terkena di jaring.

Lepas habis semua ikan ditanggalkan, mereka turun semula ke laut mengangkat jaring lain yang ditinggalkan.

Sementara menunggu mereka naik ke darat, si Damia bersama kakaknya sempat lagi mandi laut. Tengok saje muka Damia. Dia tak nak naik ke darat sebab tak puas lagi berendam. Memang keturunan laut betullah budak kecik ni. 

Puas hati Damia sebab ada chance lagi pijak air.

Lastly, kami lepaskan Damia sendiri mandi laut. Damia dilambung ombak. Bila dah besar nanti, harap si Damia ni dapat menahan segala dugaan dan rintangan seperti mana dia dilambung ombak ketika ini, seteguh itu dia dapat menangkis segala rintangan dan dugaan tuhan kepadanya, Insya allah..

Macam2 aksi si Damia ni.

Entah apa yang Damia menungkan tu.

Damia yang tak takut dilambung ombak. Moga menjadi anak yang teguh dan kental menghadapi segala rintangan dan dugaan kehidupan.