Thursday, July 14, 2011

'Mereka' Kami sayang

Antara insan yang aku sayang, nenek dan mak. Dua beranak yang tidak tinggal bersama sekarang. Dulu nenek tinggal dengan kami. Sekarang nenek tinggal dengan pakcik. Malam ni tetiba aku teringat kat nenek. Kalau makan tengah hari, menu yang kena ada ialah sambal belacan. Wajib! Untuk bagi nenek selera makan, ulamnya makan nasi adalah buah mangga masak. Sekarang ni pulak, mak aku mengikut maknya (nenek). Alhamdulillah, nenek masih dipanjangkan umurnya. Kalau jumpa durian, mesti ada santan. Nasi+santan+durian. Aku tak pernah makan. Rasanya macam tak tergamak masuk dalam perut aku. Kalau dulu, baru-baru tinggal dengan pakcik aku bila aku pergi menziarah nenek, dia menangis. Dia cakap aku dengan mak lupakan dia. Sampai dunia berakhir tak mungkin aku lupakan dia. Mak selalu cerita, dulu waktu kami masih merah, mak berpantang, neneklah yang jaga kami, neneklah yang memandikan kami. Terima kasih yang tidak terhingga kerana bersama-sama mak abah membesarkan kami menjadi manusia berguna. Dulu, rumah nenek dengan rumah mak jaraknya lebih kurang 3km. Kadang-kadang, nenek berjalan kaki sahaja ke rumah mak abah. Walaupun panas, sanggup nenek berjalan kaki semata-mata untuk menghantar juadah yang dimasak khas untuk kami. Bila aku dah pandai bawa motor, aku ke rumah nenek yang lama, mengambil nenek setiap petang untuk dia tidur di rumah mak. Selepas sarapan nenek balik semula ke rumahnya berjalan kaki. Begitulah rutin nenek. Aku rindukan nenek. Bukan hanya aku, tapi aku tahu, mak dan kami semua rindukan keletah dan latahnya. Titipan ini aku buat kerana aku kangen samanya. Terlalu. Moga nenek diberi kesihatan yang baik. Insya Allah.    
Nenek-Emak

2 insan yang teramat kami sayang

Entah apa yang disembangkan dua beranak ni. 

Kami memancing

Assalamualaikum....lama tak update blog ni. Tahap kemalasan yang sgt tinggi..huhuhuhu...Actly, gambar aktiviti ni aku ambik masa cuti sekolah yg lama dah berlalu. Beberapa bulan yang lalu. Memancing!!! Perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Dulu waktu aku kecil, rasanya aku ni penyabar. Bila dah meningkat dewasa ni, kesabaran aku tipis. Hmmmm, ramai anak buah aku yang join aktiviti ni. Kami memancing di sungai berdekatan dengan kebun kami. Sungai yang hampir-hampir kering. Ikan pun dah tak sudi nak duduk dalam sungai ni.hehhehe....Akhirnya, aku bukan leka memancing, tapi leka berleter pada anak buah aku yang berumur 5 tahun. Bukan apa aku takut dia terjun dalam sungai tu walaupun airnya hampir kering. Pulang dengan tangan kosong. Tapi takpelah at least anak-anak buah aku dapat juga pengalaman memancing. Experience is the teacher. So, silalah tengok gambar-gambar ketika kami memancing. Love my family;). 
Nabila, anak buah aku yang paling besar a.k.a. plg gumuks..hehehe....sekor ikan puntak dapat. Hampeh tul!hehheh 

Naszirah- guna umpan cacing je..eiiiii, geli aku nak pegang.

Danial- aku asyik leter dia je sebab takut dia terterjun dalam sungai.

Pegang jelah joran tu.

Aiza-penat memancing, duduk jelah yang mampu

2 budak yang aku leter.

macam pertandingan Joran plak kan.

Nana pun sama, sekor ikan pun tak dapat.

Khusyuk memancing. Takde rezki tp pengalaman yang dapat.


Penatlah mancing, kita tengok jelah mat.

Jiah & Nana



Sampai nak balik pun, still tak dapat ikan. Takpelah kak..to be bersambung...

Friday, May 6, 2011

Tebu oh tebu!

Assalamualaikum. Macam mana nak mulakan cerita ye? Cerita pasal tebu ni tercetus bila aku dan keluarga selamat pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah. Kiranya episod tebu ni baru je lagi. Kami memulakan projek tebu ni masa cuti hari pekerja yang lepas. Mujurlah ramai yang membantu dan memberikan semangat. Terima kasih semua. Petang tadi, aku ke kebun tebu menjenguknya. Alhamdulillah ada yang dah bertunas. Syukur kepadaNYA. Agak kering tanahnya. Moga hujan akan turun menyuburkan tanaman tebu kami. Amin.
Gigihnya pekebun moden ni ;). Moga niat baik kita dipermudahkanNYA. Amin

Buang rumput kering tu ye! Sebelah sana gali lubang, buang akar-akar pokok! Cangkul jangan tak cangkul! 

Selepas beberapa hari, Alhamdulillah moga pokok-pokok tebu ini hidup subur. Insya Allah.

Berbakti pada tanah, tidak akan sia-sia.

Hidup suburlah wahai tebu-tebuku! 

Aku nak close-up kat tunas tebu tu, lain pulak jadinya. Aisey!

Lepas pusing 2,3 batas baru perasan ada semut kat anak tebu ni. Agaknya musim panas, kering pulak, semut-semut ni berpesta menghurung tebu. Geli pulak aku tengok semut ni. 

Buncit-buncit semutnya. Moga hidup suburlah hendaknya pokok tebu kami. Amin.




Nenek ku Sayang

Assalamualaikum pembuka bicara. Sebelum aku menjejakkan kaki ke tanah suci aku agak sibuk. Sibuk untuk menyiapkan semua asignment aku.  Kelas terakhir untuk semester 3 aku tak dapat hadir jadi kenalah siapkan lebih-lebih group work. Mana yang terkurang harap group members dapat halalkan semuanya ya. Alhamdulillah, 30 April lepas, dapat juga aku sama-sama hadiri presentation terakhir yang telah di postponed. Lepas balik dari kelas di Shah Alam, aku terus balik ke Melaka semula. Alhamdulillah sesampai di kampung, nenek ku sayang ada balik. Dapat juga aku berjumpa setelah sekian lama tidak bersua muka dengannya. Sebelum aku dan keluarga berangkat ke tanah suci, kami tak sempat berjumpa dengan nenekku sayang. Nenekku sayang dah berumur 92 tahun. Alhamdulillah masih kuat lagi dia berjalan. Syukur, moga dipanjangkan umurnya. Amin. 
Nenekku sayang, nek piah.

Nenek dan bondaku sayang.

Sama tak rupa anak dengan maknya? Dua-dua aku sayang!

Thursday, April 28, 2011

Umrah-2011

Assalamualaikum pembuka bicara. Alhamdulillah, syukur sangat kerana kami telah menjadi tetamu di Tanah Suci  pada 11 April hingga 23 April 2011 yang lalu. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana diberi kesempatan itu. Kami pergi berlima melalui Utas Travel. Alhamdulillah segala urusan sebelum, semasa dan selepas membuat umrah ini kami dapat laluinya dengan sabar. Syukur yang tidak terhingga. Waktu kami ke sana, sekolah di negara Arab sedang bercuti jadi kebanjiran manusia berlaku. Hanya satu tujuan, tiada tujuan lain hanya mahu beribadah kepadaNYA. Syukur kerana aku, mak, abah, adik dan kakakku diberi peluang itu. Benar kata orang, bila sekali dah ke sana, hati meronta-ronta mahu ke sana lagi. Doa aku, moga aku diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Tanah suci lagi. Amin..Insya Allah moga di permudahkan olehNYA.
Kami berlima

Bersama kakak selepas mengerjakan umrah.

Bonda tercinta.

Terkaku melihatnya.

Hanya satu, hanya DIA.

Di Medina Al Munawarah, Masjid Nabawi 

Bondaku tercinta.

Tuesday, April 5, 2011

Penang Island

Lama aku tak update blog ni. Kesibukan bekerja, buat asgnment lagi..gitu gini..last2 aku pun terlupa nak update.  Gambar2 yg dalam posting ni pn aku tak edit. malas dah nak edit. hehehhe..klau dah ,malas satu keje pun langsung tak menjadi. lepas kami ke i-city Alor Star, kami terus ke penang. stay kat penang semalam sebelum balik semula ke melaka. malam tu, kami pergi lah ke padang kota. lama tak pegi sini dah. bertahun! so, kami decide lah nak makan pasembor..pilih pnye pilih bila time nak bayar, mat pasembor tu cakaplah harganya..mak aiii, punyalah mahal..hmmm, takpa lah, kali ni jelah makan kat kedai hangpa. pasni kirim salam jelah. 


Miami Beach


Sedapnya jerukkk...


Kedai nilah yang jual mahai tu




Angah in action




Hmmm, makan jelah