Saturday, June 30, 2012

Samila Beach & Ice Dome

meh kita sambung cerita, lepas kami ke tang kuan hill, terus pulak ke samila beach. takde apa sangat kat pantai ni..kalau kat  melaka lebih kurang pantai puteri jer. tapi ada sesuatu kat pantai ni yang menjadi trademarknya. apa dia?

tadddaaaa....ada golden mermaid..duyung ni dibuat dgn kos 60,000 baht.. duyung ni adalah watak kuno dlm cerita rakyat Thai iaitu Phra Apaimanee..  kununnya ada nelayan yang jumpa duyung kat pantai nih tgh sikat rambut, sebab nelayan ni dah takutkan duyung ni ,maka duyung nih terjun masuk laut..so duyung nih di jadikan simbol pantai  samila..hahahaha...

aksi wajib nih..hahhaha..yazie malu2 lagi. baru 1st time melompat katanya. tunggu lepas ni tengok dia lompat sampai mana.hehehe..

lepas berpanas kat samila beach, kami bersejuk-sejukkan pulak kat Ice Dome. tempatnya masih baru lagi. lebih kurang mcm kat negara kita jugak. kalau malam lagi cantik lah ala-ala i-city gitew. masuk kat dalamnya dalam rm30 sorang.
samakan mcm kat negara kita gaks. beku sekejap kaki kami sebab masuk sini kami pakai selipar jer. aku dengan angah berlari-lari cari pintu sebab dah tak tahan sejuk. 
kami kat ice dome ni sekejap jer sebab dah kebulur..so, ambik gambar pastu kami pun blah. cari restoran sedap.

alhamdulillah, lunch hari ni memang terbaekkkk.. Chekkar restoren. kena ingat sampai bila2 lah tempat nih. tomyam dia memang terbaekkk...habis licin kami kerjakan. kerabu mangganya pun terbaekkk..puas ati lah makan kat sini. sedap+murah.
abis lunch, kami bersedia ke floating market plak..yeyyyyy.....bersambung...hehehe



Hatyai Lagi

so kita sambung cerita pasal hatyai lagi. dah macam cerita drama plak kan. ehh suka hatilah kan brape banyak episod pun. ini cerita kami.hehhehe..

so hari pertama kat hatyai, pagi tu kami dok melantak kat restoran salmah..iye ke nama restoran tu ek?hmm...hentam jelah...lepas perut dah penuh & dah dapat energy semula, kami decide nak naik tut tut jer. tak mau drive. maklumlah kat thailand ni minyak mahai. rm3.50 seliter. mahainyerrr. so, kami ambik tut tut nak pusing hatyai & songkhla..pujuk punya pujuk drebar tu dapatlah tut tut dengan rege 1200 baht (rm120). so hari pertama tu kami dok pusing hatyai & songkhla. huhuhu...panas+berdebu+sakit badan naik tut tut. hmm, pengalaman naik cukuplah sekali ajer.hehehhe.


so sepanjang hari sakit ler badan kami naik tut-tut ni. apapun, kami redah & gagahi jugak lah demi nak menengok keindahan ciptaanNya.


ada satu lagi pengangkutan yang cukup glamer kat thailand ni..kalau kita buat kat negara kita dah lama kena saman.
tu diaaa...naik sampai 3 orang+ takde helmet lagi. memang ramai orang thailand naik motor lagu ni. huhuhu.

tempat pertama yang kami pergi. Tang Kuan Hill. apa yang ada kat sana? pemandangan yg sgt chantek dannnn....

 apa nama wat ni pun tak tahu sebab tak naik pun. depa tgh sembahyang masa ni kot. :)

so baru tempat pertama ni. ada banyak tempat lagi yg kami dah intai-intai. so rasanya bersambung lagi...hehehe..











Friday, June 29, 2012

Hatyai-Krabi Trip

yuhuuuuu....i'm back...kali ni kami ke thai pulak..trip ke thailand ni sesungguhnya adalah plan mengejut jugaklah.. dok asyik mendengar dak hajar bercerita pasal thailand...di panggil plak aku dengan ' Nok'...katanya nok tu maksud dia perempuan..ye ke?
  
Tak boleh jadi ni asyik cerita thailand jer..so aku pun plan ler..memula aku cerita dgn angah.. angah on jer..then roger dengan kak jijah, kak izan & hajar. Angah dah siap calculate & semua dah stuju dgn harga pakej mengejut tu..Semua dah bagi green light gitew, tetiba hajar & kak izan tarik diri. tinggallah kami 3 orang terkontang-kanting. so, ontah mcm mana kepala otak aku ni berfikir nak roger yazie yg dok nun kat alor staq tu. alhamdulillah yazie pun mengejut join kami. so, rombongan ke thailand ni seramai 4 orang.

kami ambik yazie kat tol alor staq, then terus ke border,bkt kayu hitam. malam tu jugak kami masuk ke thailand. huhuhu..seram jugak. maklumlah kami drive sendiri & 1st time masuk thailand.

punyalah excited masuk thailand, masing2 semua tak tukar duit baht lg..main redah jer. adoiyaiii..dengan tak beli makanan lagi utk di jadikan bekal gitew. so sesape nk pegi mana2 make sure yer buat preparation. jangan jadik macam kami.hehehe... masa kat border ada jumpa budak2 dr KL yg drive sendiri & nak terus ke krabi. wahhh, mcm menarik. kununnya nak follow depa gak ke krabi. last2 tunggu punya tunggu, kami redah je jalan dulu nak ke krabi katanya. punyalah banyak makan langsat, tak jumpa jalan ke krabi so, akhirnya malam tu kami sampai kat hatyai dlm pukul 2 pagi. tak jadik pegi krabi malam tu. perut memang dah berkeroncong & berdondang sayang. singgah kat seveng (7 Eleven) , takde duit baht. yang ada kat kami duit  RM jer. nak beli takut tak halal. so kami berempat menahan perut jelah. pepagi buta kat hatyai memang mcm2 kami jumpa. bukannya hantu tapi perempuan2 yang dok tepi jalan sambil memakai baju yg tak cukup kain memang ramai..hehehe..apa nak kata keje depa ni penyumbang pendapatan negara depa gak lah.lantak pi lah.

setelah men tawaf hatyai beberapa kali, akhirnya kami jumpa gaks hotel yg sesuwai dgn budget kami. yg ada kat kami hanya 1000 baht. mana nak cekau lagi utk check in hotel pepagi buta tu? nasiblah hotel tu terima duit RM. legaa....akhirnya pagi tu dlm pukul 2.30 dptlah kami tidoq kat atas katil & bukan dalam keta. Legaa... 
kat sini ler kitaorang tidoq. oklah hotelnya. tak berapa mahal & yang penting banyak kereta dari malaysia kat car park nyer :)


    

Wednesday, June 13, 2012

Beijing oooo Beijing...

perjalanan ke beijing memang aku nanti-nantikan. rasa seronok sangat. trip ke beijing ini adalah pada 27 mei hingga 1 jun. rombongan mak jemah ke beijing adalah seramai 14 orang. excited sangat!!. masa aku ke sana bersama rombongan mak jemah, mengikut ketua lawatan kami adalah musim bunga. rupa-rupanya penghujung musim bunga. bunga ada seciput dua jer. cuaca lebih kurang malaysia jer.

inilah rombongan mak jemah ke beijing. ada sorang jer yang tak nak bergambar sebab tak suka bergambar.

muka excited angah dengan kak izan..huhuhu..

sampai-sampai jer kat beijing, inilah rupanya kat luar airport beijing. cuaca agak berjerebu. udara tak sihat.huhuhuhu. bila sampai jer, terus cari bunga..takde pun bunga? hahhaa...dah datang pun end of spring, mana nak jumpa bebanyak..ye tak?hmm....takde rezeki...masa aku ke sini menurut pakar cuaca, waktu siangnya agak panjang. dah subuh pun pukul 2 lebih gitew.  
 aku terjaga pukul 4 pagi, sudah ada sang mentari yang mula mencanak.
time to eat... hari pertama ok lagilah terima makanannya dan boleh diterima oleh tekakku. sayur memang menu wajib kat sini. hari pertama aku jumpa jugak cili api. huhuhu, masuk hari yang seterusnya, jumpa cili kering jer. masa ni sangat lapar so hidangan makanan memang licin. bekalan dari malaysia pun tak dikeluarkan lagi. stok sambal ikan bilis mak aku.hahaha...
basikal bermotor ni memang sangat banyak. lorong untuk basikal pun ada. so, tak risau kena langgar. bila bercerita pasal jalan kat beijing ni, pemandu memang sangat tidak mematuhi isyarat jalan raya, main redah jer beb. lepas tu, kalau tengok jalannya memang sangat pelik. bersimpang-siur.huhuhu..seriauuu beb. nasib ler drebar kitaorang sangat cekap. dah dia orang beijing..kannn... lagi satu yang paling teruk adalah traffic jammednya. sangat teruk wooo. kalau kat kl tu kita dah rasa teruk, kat beijing tu berganda-ganda teruknya.
basikal motor ni pulak jangan suka-suka duduk atasnya nak landing ambik gambar, siap ada alarm lagi. duduk jer berbunyi mengalahkan kereta mewah..hahahha..terperanjat angah, gara-gara nak bergambau dengan basikal motor ni. nasib takde penyakit jantung..hua hua hua...

menu wajib setiap kali kitaorang makan. huhuhu, lemah betul usus perut aku bila melihat menu ni. uwaaa, mahu nangis. tapi sekurang-kurangnya aku makan gak sayur. kesian kat angah sebab dia memang tak makan sayur. hahaha...kesiannn..tengok dia makan, dok golek-golek jer nasi tu sebab tak makan sayur. rasanya dia tobat kot nak pegi ke beijing. kalau nak pegi ke sana lagi, katanya mahu bawak dapur masak sendiri.hahahha..

inilah K.A.M.I...the iron lady gitew..hahahha.

peniaga tepi jalan ni pegi mana-mana pun dia ada. kat mana kita makan, depa tahu. adoiyaiii...kadang-kadang kesian tengok peniaga kecik-kecik ni. perkataan glamer yang diaorang tahu, murah..murah...murah..hahha..pandai betul niaga. masa ni diaorang tunggu aku & rombongan kat depan masjid. pilih punya pilih, lastnya tak jadi beli sebab tak cukup kuantiti barang yang aku nak. so goodbye yer. tapi pagi esok, pempuan ni dah tunggu depan hotel. nasib dia tak ingat muka aku.hahaha..kalau tak di salaknya aku beli barang dia.

masa ni kitaorang pegi kat tempat buat silk. amoi sebelah tu memang sangat pandai cakap dan comel jugak. yang biji tu lah asalnya silk. dalamnya ada ulat yang dah mati. lepas tu, kepompong tu di rendam supaya lembut dan di atas kepala amoi tu adalah biji-biji di atas yang telah di cantum. huhuhu, terkesima sekejap. sutera cina ni mahal gak. aku beli untuk aku & mak je. angah pun beli corak yang sama macam aku. suka taw nak boria-boria.hahahha...


inilah aksi paling suka dibuat oleh aku, angah dan kak jijah..terutama sekali kak jijah lah..hadoi aiii...kalau tak jadi gambar lompat siap kena marah lagi..macam mak tiri marah anak tiri dia * ditujukan khas kepada angah sahaja* hahahha... aksi melompat ni kat great wall & summer palace. masa panjat great wall, hari hujan..hohoho, terbaeklahh..teringat momentum di kinabalu, masa nak turun hujan sangat lebat. tapi, alhamdulillah, sampai jugak di stesen pertama walaupun ada orang rasa kakinya tak jejak kat tanah...ampoonnn kak jijah. hahaha..apapun memang kami selamba jer melompat, sampai puas hati gambar lompat ala-ala katak tu barulah stop. ramai gak orang dok pandang kami. tapiiiiiii, ada aku kisah???janji we are hepiiii...hehehhe
tak ingatlah sini tempat apa. rasanya restoran kot. banyak nau bergambar, tak ingat.hahahah...

cantikkan masjid dia. aku tak ingat nama masjid ni, maklumlah agak berbelit lidah aku nak menyebutnya. orang muslim beijing tak guna telekung so, kalau ke sini bawakla telekung. rasanya kat masjid ni kak jijah mewakafkan telekungnya.hahaha..punyalah nak berlenggang, sampai telekung dia pun tertinggal. tapi takpelah, ada gak kak jijah punya pahala..kan kak...jauh betul dia wakafkan telekung dia yang made in vietnam tu. takpe-takpe nanti kita ke vietnam cari yang sama yer kak.

nilah geng sporting moting. kelakar gila. yang paling tinggi tu adalah tourist guide kitaorang selama di beijing. michael! sangat tinggi sebab hari-hari makan sayur. hajar jangan marah-marah yer. sebelum check out hari tu, kawan aku; hajar kena bayar 100yuan = rm50 sebab cadar kena sambal.huhuhu..sabau jar...katanya dia tobat tak nak datang beijing lagi.hahahha...janganlah begitu... chill

masa ni dah nak balik ke tanah airku tercinta. flight pukul 1 pagi gitew. group dari 14 terpisah dua sebab masalah apa aku pun tak tahu. so, 8 orang balik dulu, group yang kedua balik pukul 4 petang. hmmm, apa nak kato. apapun kitaorang sangatlah hepinya...come again? insya allah..macam cantik time autumn kan..ke winter? hmmm....nanti-nantilah i fikir yer. chow...