Thursday, July 14, 2011

'Mereka' Kami sayang

Antara insan yang aku sayang, nenek dan mak. Dua beranak yang tidak tinggal bersama sekarang. Dulu nenek tinggal dengan kami. Sekarang nenek tinggal dengan pakcik. Malam ni tetiba aku teringat kat nenek. Kalau makan tengah hari, menu yang kena ada ialah sambal belacan. Wajib! Untuk bagi nenek selera makan, ulamnya makan nasi adalah buah mangga masak. Sekarang ni pulak, mak aku mengikut maknya (nenek). Alhamdulillah, nenek masih dipanjangkan umurnya. Kalau jumpa durian, mesti ada santan. Nasi+santan+durian. Aku tak pernah makan. Rasanya macam tak tergamak masuk dalam perut aku. Kalau dulu, baru-baru tinggal dengan pakcik aku bila aku pergi menziarah nenek, dia menangis. Dia cakap aku dengan mak lupakan dia. Sampai dunia berakhir tak mungkin aku lupakan dia. Mak selalu cerita, dulu waktu kami masih merah, mak berpantang, neneklah yang jaga kami, neneklah yang memandikan kami. Terima kasih yang tidak terhingga kerana bersama-sama mak abah membesarkan kami menjadi manusia berguna. Dulu, rumah nenek dengan rumah mak jaraknya lebih kurang 3km. Kadang-kadang, nenek berjalan kaki sahaja ke rumah mak abah. Walaupun panas, sanggup nenek berjalan kaki semata-mata untuk menghantar juadah yang dimasak khas untuk kami. Bila aku dah pandai bawa motor, aku ke rumah nenek yang lama, mengambil nenek setiap petang untuk dia tidur di rumah mak. Selepas sarapan nenek balik semula ke rumahnya berjalan kaki. Begitulah rutin nenek. Aku rindukan nenek. Bukan hanya aku, tapi aku tahu, mak dan kami semua rindukan keletah dan latahnya. Titipan ini aku buat kerana aku kangen samanya. Terlalu. Moga nenek diberi kesihatan yang baik. Insya Allah.    
Nenek-Emak

2 insan yang teramat kami sayang

Entah apa yang disembangkan dua beranak ni. 

Kami memancing

Assalamualaikum....lama tak update blog ni. Tahap kemalasan yang sgt tinggi..huhuhuhu...Actly, gambar aktiviti ni aku ambik masa cuti sekolah yg lama dah berlalu. Beberapa bulan yang lalu. Memancing!!! Perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Dulu waktu aku kecil, rasanya aku ni penyabar. Bila dah meningkat dewasa ni, kesabaran aku tipis. Hmmmm, ramai anak buah aku yang join aktiviti ni. Kami memancing di sungai berdekatan dengan kebun kami. Sungai yang hampir-hampir kering. Ikan pun dah tak sudi nak duduk dalam sungai ni.hehhehe....Akhirnya, aku bukan leka memancing, tapi leka berleter pada anak buah aku yang berumur 5 tahun. Bukan apa aku takut dia terjun dalam sungai tu walaupun airnya hampir kering. Pulang dengan tangan kosong. Tapi takpelah at least anak-anak buah aku dapat juga pengalaman memancing. Experience is the teacher. So, silalah tengok gambar-gambar ketika kami memancing. Love my family;). 
Nabila, anak buah aku yang paling besar a.k.a. plg gumuks..hehehe....sekor ikan puntak dapat. Hampeh tul!hehheh 

Naszirah- guna umpan cacing je..eiiiii, geli aku nak pegang.

Danial- aku asyik leter dia je sebab takut dia terterjun dalam sungai.

Pegang jelah joran tu.

Aiza-penat memancing, duduk jelah yang mampu

2 budak yang aku leter.

macam pertandingan Joran plak kan.

Nana pun sama, sekor ikan pun tak dapat.

Khusyuk memancing. Takde rezki tp pengalaman yang dapat.


Penatlah mancing, kita tengok jelah mat.

Jiah & Nana



Sampai nak balik pun, still tak dapat ikan. Takpelah kak..to be bersambung...