Thursday, April 28, 2011

Umrah-2011

Assalamualaikum pembuka bicara. Alhamdulillah, syukur sangat kerana kami telah menjadi tetamu di Tanah Suci  pada 11 April hingga 23 April 2011 yang lalu. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana diberi kesempatan itu. Kami pergi berlima melalui Utas Travel. Alhamdulillah segala urusan sebelum, semasa dan selepas membuat umrah ini kami dapat laluinya dengan sabar. Syukur yang tidak terhingga. Waktu kami ke sana, sekolah di negara Arab sedang bercuti jadi kebanjiran manusia berlaku. Hanya satu tujuan, tiada tujuan lain hanya mahu beribadah kepadaNYA. Syukur kerana aku, mak, abah, adik dan kakakku diberi peluang itu. Benar kata orang, bila sekali dah ke sana, hati meronta-ronta mahu ke sana lagi. Doa aku, moga aku diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Tanah suci lagi. Amin..Insya Allah moga di permudahkan olehNYA.
Kami berlima

Bersama kakak selepas mengerjakan umrah.

Bonda tercinta.

Terkaku melihatnya.

Hanya satu, hanya DIA.

Di Medina Al Munawarah, Masjid Nabawi 

Bondaku tercinta.

Tuesday, April 5, 2011

Penang Island

Lama aku tak update blog ni. Kesibukan bekerja, buat asgnment lagi..gitu gini..last2 aku pun terlupa nak update.  Gambar2 yg dalam posting ni pn aku tak edit. malas dah nak edit. hehehhe..klau dah ,malas satu keje pun langsung tak menjadi. lepas kami ke i-city Alor Star, kami terus ke penang. stay kat penang semalam sebelum balik semula ke melaka. malam tu, kami pergi lah ke padang kota. lama tak pegi sini dah. bertahun! so, kami decide lah nak makan pasembor..pilih pnye pilih bila time nak bayar, mat pasembor tu cakaplah harganya..mak aiii, punyalah mahal..hmmm, takpa lah, kali ni jelah makan kat kedai hangpa. pasni kirim salam jelah. 


Miami Beach


Sedapnya jerukkk...


Kedai nilah yang jual mahai tu




Angah in action




Hmmm, makan jelah